Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Asyik-Asyik Anak Muda: Teruk...

INGATKAN menjelang Hari Raya Haji adalah pandangan baik untuk anak muda. Paling tidak kata-kata...

Lelaki Serah Diri Dengan...

PETALING JAYA - Anggota yang bertugas di balai polis Damansara benar-benar terkejut apabila...

Dadah: Wanita Ukraine Dipenjara...

GEORGE TOWN - Nasib tidak menyebelahi seorang wanita warga Ukraine berusia 24 tahun...

Nasi Beriani Dalam Buluh...

GEORGE TOWN - Selain nasi kandar, nasi beriani adalah antara makanan popular yang...

Namewee Dihukum Lakukan Kerja Sosial Selama Tiga Bulan

Penyanyi rap dan pengarah kontroversi Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee hari ini mengaku bersalah atas kesalahan mengaibkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2009.

Mahkamah Sesyen Muar hari ini menjatuhkan hukuman pilihan kepada Namewee iaitu tiga bulan penjara atau melakukan kerja khidmat sosial selama tiga bulan.

Namewee memilih hukuman kedua, memetik laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Dia didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menggunakan bahasa lucah terhadap kakitangan TNB berkenaan Wan Mohd Faizal Wan Hamat di pejabat TNB, Jalan Temenggong Ahmad pada pukul 10 malam, 26 Oktober 2009.

Ketika didakwa buat pertama kali pada bulan yang sama, Namewee mengaku tidak bersalah.

Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan kes berkenaan.


Namewee sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antara yang paling teruk ialah merakamkan semula lagu Negaraku dan mengubah iramanya menjadi ala-ala rap dan mengutuk kerajaan serta pihak berkuasa di negara ini.

Berkenaan tindakannya ke atas kakitangan TNB itu, Namewee bukan sahaja menghamburkan kata-kata kesat sebaliknya merakamkan semua perbuatannya itu menyerang pejabat TNB Muar di dalam video yang dimuatnaik di laman Youtube.

Dia bertindak begitu kerana rumahnya di Muar pada ketika itu terputus bekalan elektrik menyebabkan dia pergi ke pejabat TNB dan menyerang kakitangan di sana. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori