Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Pasar Tani...

KEMAMAN - Lebih banyak pasar tani kekal akan dibina di seluruh negara yang...

Detik Cemas Wanita Nekad...

TERNYATA seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja demi barang kesayangannya.Satu video viral di...

Kes Sembuh COVID-19 Tertinggi...

PUTRAJAYA - Kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 yang direkodkan sebanyak 7,749 hari ini...

Dyana Sofya Kecam UM...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya...

Nak Perli Etika Berpakaian, Teresa Kok Perguna Kostum Tradisi Iban

ISU etika berpakaian di pejabat kerajaan nampaknya masih belum berpenghujung. Hampir setiap hari, ada sahaja individu yang bercerita tentang tindakan pengawal keselamatan melarang mereka masuk untuk berurusan di kaunter kerana memakai pakaian yang terdedah mahupun tidak sopan.

Dalam isu terbaharu, dua adik-beradik warga emas iaitu Huang Zheng Zhou dan Xia Nv telah dilarang berurusan di bangunan Majlis Bandaraya Ipoh atas alasan memakai seluar pendek di atas paras lutut manakala seorang individu lain turut ditegah masuk kerana berpakaian jarang.

ADUN DAP Sengaja Cetus Kontroversi Etika Pakaian

Star_Ipoh_City_Council_620_462_100

Seperti biasa, wakil rakyat dari DAP antara yang paling lantang mengkritik tentang isu tersebut.

Sebelum ini ADUN Kinrara, Ng Sze ‘bermain api’ dengan memperolok-olokkan etika itu. Tulisnya di laman sosial media Facebook, “Anda dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa sahaja yang anda selesa, selagi tidak berbogel.”

Terbaharu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pula cuba menjadi ‘hero’ apabila bangkit mempersoalkan rasional pelaksanaan kod etika di pejabat kerajaan.

Melalui akaun Facebook peribadinya, Teresa menyindir peraturan tersebut apabila mengaitkannya dengan cara pemakaian kostum tradisi masyarakat Iban yang mendedahkan bahagian dada dan sebahagian besar kaki hingga ke paras peha.

“Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun “tidak tutup aurat” ini.

“Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.

“Tapi pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia. Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia telah menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia.”

Walaupun dia cuba memberikan satu analogi yang disangka bijak, Teresa kemudiannya dikritik oleh pengguna laman maya kerana dilihat seolah-olah mempergunakan tradisi masyarakat Iban sebagai modal untuk berpolitik.

Untitled


Kasihan betul… jelas sekali ramai individu tidak bersetuju dengan tindakan Teresa yang sanggup mempergunakan alasan budaya sebagai strategi untuk mengkritik kod etika berpakaian.

Bukan itu sahaja, tindakan Teresa turut mendapat perhatian budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang berharap MP itu tahu perbezaan pakaian seharian untuk berurusan di kaunter pejabat kerajaan dan pemakaian kostum budaya sesuatu kaum.

0_15

Memetik kenyataan beliau dalam laporan Astro Awani, “Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.

“Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian.”

Yang nyatanya, tindakan dilakukan Teresa Kok untuk mempertahankan kebebasan berpakaian akhirnya mencerminkan pandangan ceteknya terhadap isu tersebut.

Kalau diamati, pihak pembangkang kerap memainkan isu ini hanya setelah ia mula menjadi viral, sedangkan etika berpakaian telah diamalkan di negara ini sejak bertahun-tahun dahulu dan ia tidak pernah menjadi satu isu mahupun pertikaian mana-mana pihak.

Hanya kerana sedikit golongan minoriti yang tidak selesa menutup pangkal paha mahupun berbaju lebih sopan, tak bermakna ia harus digubal semula bagi memberi izin mereka melakukan apa sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kerajaan Semak Semula Etika Pakaian Di Kaunter Kerajaan

https://www.youtube.com/watch?v=Y6tDKeAqqaw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori