Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buruh Dipenjara 6 Bulan...

PETALING JAYA - Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret...

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya...

PELAKON Vanidah Imran, 43, memberitahu dirinya kini sudah mula memperlahankan kerjayanya buat sementara...

MMA Kutuk Pembersihan Etnik...

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang...

Ibu Belanja RM7K Buat...

LESUNG pipi atau lesung pipit merupakan salah satu daya tarikan pada wajah seseorang....

Najib Razak Bakal Letak Jawatan Perdana Menteri?

SEBUAH imej akaun twitter Astro Awani yang menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak bakal meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri adalah tidak sahih dan palsu.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak Astro Awani yang menyatakan kenyataan tersebut bukan dari akaun rasmi mereka dan tidak akan bertanggungjawab dalam memuat naik tweet seperti yang tertera.

awani

Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan berita palsu itu dan pihak Astro Awani juga akan segera membuat laporan polis di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri juga menyeru agar warga media supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran apabila menyampaikan sebarang berita.


Kata Najib, tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi perlu adil dan sentiasa mencari kebenaran.

“Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama Perdana Menteri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=-znkSB0Nxy8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori