Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Felcra FC Ada Masa...

SHAH ALAM – Naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC mempunyai masa sehingga...

21,176 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini...

Rayani Air Kini Sedia...

PUTRAJAYA - Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air, menerima lesen perkhidmatan...

Malaysia Sasar 200,000 Dos...

PUTRAJAYA - Malaysia menyasarkan sebanyak 200,000 dos suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat negara...

Nahas Germanwings Dirancang Awal – Penyiasat

DUESSELDORF, Jerman – Pembantu juruterbang yang dikatakan sengaja menjunamkan pesawat Germanwings ke pergunungan Alps Perancis, membuat carian di internet cara membunuh diri tidak lama sebelum nahas itu yang membunuh 150 orang.

Mengikut penyiasat Jerman, komputer yang ditemui di rumahnya juga menunjukkan Andreas Lubitz, 27, ada membuat carian mengenai pintu kokpit dan langkah-langkah keselamatan yang berkaitannya.

Bukti yang menjurus kepada persediaan untuk membunuh diri semakin jelas apabila polis Perancis menemui kotak hitam kedua (Perakam Data Penerbangan) sekali gus akan membolehkan penyiasat meneliti bagaimana Lubitz membuat tetapan pada pesawat supaya ia merempuh banjaran gunung itu.

Jika kotak hitam itu masih elok, ia akan memberikan pelbagai bacaan termasuk tetapan yang dikeluarkan daripada tempat duduk pembantu juruterbang pesawat itu yang sedang dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke bandar raya ini pada 24 Mac.

Pihak berkuasa Perancis akan meneliti kotak hitam berkenaan dan kemudian membuat padanan dengan maklumat daripada Perakam Suara Penerbangan yang sudah ditemui sebelum ini, serta maklumat daripada radar daratan.

“Masih ada harapan data dalamnya masih elok walaupun kotak hitam itu rosak,” kata ketua pasukan penyiasat Perancis, Brice Robin.


Robin sebelum ini mengejutkan dunia penerbangan apabila menyatakan maklumat daripada perakam suara yang ditemui beberapa jam selepas nahas menunjukkan Lubitz sengaja menjunamkan pesawat itu selepas mengunci kapten di luar kokpit.

Bagaimanapun, hingga kini pasukan penyiasat masih tertanya-tanya kesahihan dakwaan itu.

Sementara itu, penyiasat Jerman berkata, Lubitz mencari maklumat mengenai cara membunuh diri menerusi carian di komputernya antara 16-23 Mac, iaitu sehari sebelum nahas. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=1b58Tsu8N3o

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori