Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Kuil: 4 Menteri,...

KEJADIAN keganasan di sebuah kuil di Subang Jaya kini sudah begitu merosakkan kerana...

Khairy Yakin PM Akan...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar yakin Perdana Menteri, Datuk Seri...

12 Pendaki Tawan Puncak...

MAKASSAR (SULAWESI SELATAN) - Selepas menempuh pendakian selama 32 jam, 12 pendaki Kembara...

Jackie Jalani Pembedahan, Tapi...

PELAKON kung fu Hong Kong kegemaran ramai, Jackie Chan masih lagi bergiat aktif...

Nahas Duke: PAS Mahu Pemandu Myvi Bayar RM1.2 Juta!

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuh Raya Duke di sini hingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut akibat berlaku kemalangan jalan raya perlu membayar sebanyak RM1.2 juta kepada waris mangsa.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, bayaran itu berdasarkan undang-undang Islam bagi jenayah pembunuhan tanpa niat.

‘Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Ia sangat berbeza dengan ketetapan ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Muhammad Mizan berkata, berdasarkan undang-undang Islam, penjenayah kes terebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta.


Justeru, katanya, undang-undang Islam lebih baik daripada undang-undang sivil kerana bukam sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah, tetapi membela waris mangsa dengan sewajarnya.

“Oleh kerana itulah PAS bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Undang-undang Syariat ini kerana ia jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori