Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Belia Terbabit Penagihan Dadah...

KANGAR - Pembabitan golongan belia dalam penagihan dadah di Perlis mencatatkan peningkatan ketara,...

Dikecam Hadiri Pengebumian Nenek...

HANYA kerana menghadiri majlis pengebumian neneknya yang berbangsa Cina, pelawak Johan dan isterinya,...

Tunai Umrah Disember Ini,...

SITI Nordiana atau lebih dieknali dengan nama Nana kembali mewarnai dunia hiburan apabila...

Warga Emas Maut Dirempuh...

KANGAR - Seorang warga emas maut apabila kereta wira yang dipandunya dirempuh sebuah...

Murah Hati Bagi Kasut Dipakai Pada Gelandangan

NEW YORK – Kemurahan hati seorang wanita di sini sanggup membuka kasut serta memberikannya kepada seorang gelandangan yang mengalami masalah mental telah mendapat pujian dan penghargaan ramai.

Ketika itu, Kay Brown sedang menaiki sebuah kereta api tempatan Subway apabila melihat seorang wanita gelandangan tersebut melangkah masuk ke dalam gerabak tren terbabit tanpa memakai kasut.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, Kay dari Manhattan kemudiannya segera membuka kasutnya itu, dengan hanya tinggal stoking semata-mata dan terus memberikannya kepada wanita daif tersebut.

kay stoking2

“Sekarang pula kebetulan adalah pertengahan November (cuaca sejuk) dan dia tentu tiada tempat untuk dituju, jadi apa boleh saya lakukan ialah memberikannya sepasang kasut yang selesa.


“Saya berdiri selama 15 minit dan sebelum saya turun kereta api, seorang lelaki tiba-tiba menawarkan lebihan stoking yang dibawanya untuk disarungkan ke stoking nipis yang saya pakai.

“Saya boleh membeli kasut lain esok dan mungkin lelaki tersebut pula mempunyai banyak stoking di rumahnya,’’ demikian tulis wanita yang berusia 26 tahun ini menerusi laman Facebook.

Sejak Kay memuat naik cerita berkenaan melalui Facebook pada minggu lepas, entri terbabit telah menarik perhatian beribu-ribu orang dari seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori