Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Annuar Kesal Laporan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

CIDB Siasat Insiden Takal...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berasa kesal dengan insiden...

Catamaran: Carian SAR Diubah...

KOTA KINABALU - Sektor carian operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa...

Penggunaan Beg Plastik Di...

KUALA LUMPUR - Penggunaan barangan polisterina dan beg plastik serta pengurusan buangan domestik...

Muhyiddin, MB Johor Sambut Jenazah Pelajar Pintar Di Pagoh

Lebih seribu penduduk diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut jenazah Mohd. Ali Md. Salim, mangsa MH17 di perkarangan padang IKBN Pagoh.

Jenazah pelajar pintar itu yang dibawa menaiki helikopter dari KLIA diberi penghormatan istiadat setibanya di IKBN Pagoh.

Selain Muhyiddin, turut menyambut jenazah adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jenazah anak jati Pagoh diiringi oleh bapanya, Md. Salim Sarmo dan ibunya, Junaidah Basiron.

Sejurus kemudian jenazah Mohd. Ali dibawa masuk ke masjid IKBN dan majlis tahlil diadakan.

Jenazah Mohd. Ali dijadual disembahyang di masjid berkenaan selepas solat Jumaat.

Suasana cukup sayu sebaik sahaja jenazah Mohd. Ali dibawa keluar dari helikopter apabila adik beradik Allahyarham tidak dapat menyembunyi perasaan sedih masing-masing.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang bersama mereka turut mengalirkan sama air mata dan berpelukan sesama sendiri.


Suasana hiba menyelubungi saat apabila van yang membawa jenazah Allahyarham Mohd. Ali, 30, yang terkorban dalam nahas MH17 tiba di perkarangan rumah ibu bapanya di Kampung Jayor Pagoh.

Beberapa ahli keluarga dan saudara terdekat Allahyarham dilihat tidak dapat menahan kesedihan selepas jenazah Allahyarham dibawa masuk ke dalam rumahnya.

Ahli keluarga Allahyarham Mohd Ali juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan mereka apabila turut bertindak memeluk keranda Allahyarham.

Sebaik selesai solat jenazah, orang ramai kemudian memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, sebelum satu sesi khas yang dikhususkan kepada ahli keluarga terdekat.

Difahamkan, sesi khas itu bagi memberi ruang kepada keluarga terdekat Allahyarham dapat meluangkan sedikit waktu untuk bersama walaupun keranda jenazah Allahyarham tidak dapat dibuka.

Md Ali yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di kampung Jayor, Pagoh di Johor sebelum kejadian – Agendadaily.com

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori