MH370 Luncur Laju Dalam Laut Sejauh 5,000km

TEKA teki bagaimana pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 boleh tersasar jarak begitu jauh dari liputan kawasan pencarian pasukan antarabangsa mendedahkan sesuatu yang mungkin dianggap lucu tetapi masih logik.

Perkara itu dibongkar penyelidik oceanagrafi terkenal Pertubuhan Penyelidikan Industri dan Saintifik Komanwel (CSIRO), Dr. David Griffin yang mengetuai pasukan kajian pemodelan pergerakan MH370 sejak tahun lalu.

Akhbar-akhbar Australia pada Khamis melaporkan, hasil pemodelan itu, mereka menjangkakan pesawat malang itu sebenarnya mampu meluncur dengan deras di dalam laut seumpama ia hebat melayang laju di ruang angkasa.

Ia turut mengambil kira teknologi canggih model terbaharu Boeing 777-200 yang memang direka boleh terapung begitu lama di dalam air bertujuan untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat jika berlaku kecemasan.

“Dengan mengambil kira faktor had laju arus, pergerakan angin dan arah tuju ombak semasa, pesawat saiz jumbo ini berupaya pergi mengembara sendiri sejauh 5,000 kilometer dalam masa kira-kira 16 bulan lalu,” jelas Griffin.

MH370 Mungkin Sudah Sampai Madagascar?

2 Hari Bagi Sahkan Kod BB670 Milik MH370

Pakar Laut Australia Kata Ia Mungkin MH370

Justeru, beliau tidak begitu terkejut dengan penemuan serpihan sayap pengemudi di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada Rabu yang dipercayai kemungkinan besar milik MH370 kerana ia konsisten dan masih masuk akal.

Menyentuh pemodelan itu yang dilakukan tahun lalu, Griffin berkata, realitinya pesawat itu boleh bergerak jauh kerana ia diperbuat daripada bahan mudah terapung di dalam air dan dengan syarat tidak tersangkut di dasar laut.

“Benda yang tidak boleh terapung secara logik tidak mampu bergerak ke mana-mana tetapi pesawat ini mengikut kajian pemodelan itu, jika terapung ia akan bergerak mengikut arus air yang menolaknya,” tambah beliau lagi.

Pendedahan pakar marin CSIRO itu sekali gus mendedahkan kemungkinan MH370 tidak jatuh menjunam tegak terus ke dalam Lautan Hindi dan tersangkut di dasar, sebaliknya mendarat di permukaan sebelum ditolak arus.

Namun Griffin menambah, melihat kepada serpihan tersebut, bangkai pesawat itu dipercayai sudah berterabur di jarak lingkungan yang luas dan tidak mungkin ditemui sempurna dalam satu kawasan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...