Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BBC World Service Radio...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan ditemuramah oleh...

New Zealand Papar Peta...

WELLINGTON – Laman web rasmi kerajaan New Zealand mencuri perhatian kerana memaparkan sebuah...

“Alhamdulillah, Syukur” – Azmin

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, melahirkan...

Ismail Kamus Pendakwah Diingati

PUTRAJAYA - Celoteh yang bersahaja dengan disulami nasihat yang berguna sentiasa menjadi ingatan...

MH17: Belanda Selar Rusia Kerana Cuba Cetuskan Kekeliruan

THE HAGUE – Menteri Luar Belanda, Bert Koenders telah menuduh Rusia sengaja menyebarkan kekeliruan dengan berterusan mengkritik laporan akhir tragedi penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB).

“Saya dapat merasakan bahawa pihak Rusia pada masa ini tidak begitu berminat terhadap laporan akhir itu, tapi lebih cenderung untuk keluarkan kenyataan mengelirukan,” katanya semasa mesyuarat mingguan kabinet di sini.

Koenders yang dipetik oleh agensi berita Belanda, ANP juga menambah bahawa usaha untuk menghubungi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov bagi membincangkan isu tersebut juga beberapa kali menemui jalan buntu.

Laporan akhir nahas yang diterajui Belanda itu telah dikeluarkan pada Rabu merumuskan pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara sewaktu melewati ruang udara kawasan konflik timur Ukraine.

Tragedi pada 17 Julai 2014 itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang menaiki kapal terbang MAB jenis Boeing 777 – majoriti daripada mangsa ialah warga Belanda sendiri.

Peluru berpandu model BUK buatan Rusia dipercayai berjaya menembak pesawat tersebut jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menurut laporan siasatan tersebut.

Beberapa negara termasuk Ukraine mengatakan bahawa misil canggih tersebut telah dilepaskan oleh pihak pemberontak pro-Rusia daripada kawasan kawalan puak pemisah berkenaan.


Namun, Moscow menolak keras tuduhan tersebut, dengan mengalihkan kesalahan kepada pihak tentera Ukraine yang secara kebetulan turut memiliki puluhan butir peluru berpandu jenis sama.

Satu penyiasatan jenayah yang diketuai oleh Belanda masih berlangsung untuk menentukan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab, namun pakar menyatakan bahawa kemungkinan besar ianya suatu yang mustahil.

Apatah lagi untuk menghadapkan pesalah tersebut ke muka pengadilan antarabangsa susulan tiada kerjasama daripada pihak Rusia yang sering berdolak-dalik.

Koenders juga mengatakan bahawa pandangan Rusia selama ini sebagai “tidak kondusif untuk bekerjasama meneruskan proses penyiasatan tersebut.”

“Tiada sebab untuk mencetuskan kekeliruan. Perkara yang paling penting buat masa ini adalah untuk bekerjasama,” kata Koenders. - AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori