Mesej WhatsApp MH370 Ditemui Terhempas Tersebar

Kegilaan apakah ini, mahu mendapat LIKE dan sharing yang banyak di laman sosial?

Kami berasa terkejut dan pada masa sama terkilan apabila selepas hampir lima bulan pesawat MAS MH370 masih belum dapat dikesan, tiba-tiba ada pula si polan menyebarkan berita penemuannya secara semberono.

hoaxmh370

Hakikatnya maklumat konon diambil dari Whatsapp Group ATM atau PDRM ini adalah palsu dan sudah pernah tersebar di awal kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu lagi.

Ia menyebut bahawa MH370 ditemui di Kawasan Pulau Perak di Selat Melaka kira-kira jam 6 petang Rabu.

Apa dikesalkan, maklumat kitar semula dipercayai bermula dari Twitter sejak tengah hari semalam itu jelas tidak sensitif kerana negara masih dalam keadaan berduka selepas pengebumian mangsa nahas pesawat MH17.

Bayangkan apa pula perasaan waris dan keluarga penumpang MH370 yang sampai sekarang menanti khabar orang tersayang, penyebaran berita palsu sebegini sudah tentu membuatkan mereka tambah tertekan.

Nasihat kami kepada mereka yang buat kerja tak berfaedah ini daripada buang masa menyebar fitnah yang tak dapat apa-apa tu lebih baik sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa nahas, dapat juga pahala.- MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply