Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PH Sentiasa Jaga Hak...

SEMENYIH: Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan akan...

Pusat Transformasi Nelayan Bantu...

ARAU - Kewujudan Pusat Transformasi Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan di...

ECRL Tidak Dilaksanakan Secara...

KUALA LUMPUR - Perancangan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak dilaksanakan secara...

Farid-Nelydia Cuti Sakit, Bukan...

KONTROVERSI kononnya pelakon berbakat besar, Farid Kamil yang tular 'menghilangkan diri' daripada set...

MELAMPAU! Ustazah Paksa Murid Lelaki Pakai Telekung Masa Exam

TINDAKAN seorang ustazah menjatuhkan hukuman dengan memaksa seorang murid lelaki mengenakan telekung ketika sedang menghadapi peperiksaan mengundang padah apabila dikecam dan dikritik di media sosial.

Paling tidak boleh diterima dek akal, pengajar wanita ini bertindak merakam dan menyebarkan gambar murid tersebut dalam aplikasi Whatsapp ‘group sekolah’.

1904265_842693672433270_7940632687029244419_n (1)

Perbuatan itu sekali gus menimbulkan kemarahan ahli keluarga murid berkenaan yang menyifatkan tindakan ustazah itu sebagai ‘melampau’.

Adik yang dikenali sebagai Najmi ini didakwa dihukum sedemikian rupa gara-gara lupa memakai songkok ke sekolah.

Menurut kakak mangsa Liyana Azman, peristiwa itu mengakibatkan adiknya rasa rendah diri dan malu selepas diketawakan oleh rakan sekelas.


“Nak mengajar pun biarlah denda yang bermoral.

“Ok.. dia salah tapi tidak perlu hantar pada group bagai.. kami sekeluarga tidak boleh terima,” tulis Liyana dalam laman Facebooknya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori