Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pulau Burung Diisytihar Kawasan...

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu...

4 Doktor, 2 Lelaki...

GEORGE TOWN - Empat doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai 'runner' hari...

Sisters In Islam Cabar...

Hari ini, badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam memfailkan semakan kehakiman terhadap...

Lebih 4,000 Tajaan Swasta...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,093 tajaan syarikat swasta dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat...

Mayat Budak Lelaki Ditanam Di Bawah Lantai Dapur

Kuala Lumpur – Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong dan ditemui Jumaat lalu adalah mayat budak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil laporan bedah siasat juga mendapati mangsa sudah meninggal dunia sejak lapan minggu lalu.

“Punca kematian serta identiti sebenar mangsa masih belum diketahui berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya.

Menurutnya, bekas penyewa rumah itu, iaitu lelaki berusia 33 tahun ditahan di Keningau, Sabah pada 7 malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, isteri serta anak lelaki itu masih belum dapat dikesan setakat ini.

“Penahanan itu dipercayai dapat membantu siasatan penemuan mayat berkenaan.


“Ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti hubungan lelaki dan mayat yang ditemui itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Jumaat lalu, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian selepas rumah itu dikosongkan sebulan lalu. – myMetro Online

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori