Mayat Bayi Ditemui Dalam Lubang Tandas IPTA Di Sarawak

KES pembuangan bayi boleh diandaikan sudah berada di tahap serius hingga ia sudah terlalu acapkali didengari.

Paling menyedihkan apabila bayi yang tak berdosa berakhir hayatnya di tandas yang sering dijadikan tempat ‘rasmi’ membuang segala masalah yang timbul ekoran nafsu serakah.

Terbaharu, seorang bayi ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Bintulu, Sarawak.

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui seorang wanita kira-kira pukul 8 pagi tadi sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu, bayi itu dipercayai baru beberapa jam dilahirkan sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Pihak bomba memerlukan masa lebih setengah jam bagi mengeluarkan mayat bayi yang tersekat dalam lubang tandas sebelum ia dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

-MYNEWSHUB.CC

Video Pembuangan Bayi Dalam Lubang Tandas (Bukan Kes Di Atas)

Leave a Reply