Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Palsu Pak Lah...

KUALA LUMPUR - Lagi berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi tersebar...

Mangkuk Cendol Bernilai RM900,000...

KUALA LUMPUR - Polis menggagalkan cubaan menyeludup 6.2 kilogram dadah disyaki ketamin ke...

Jurulatih Terjun Kebangsaan Didakwa...

KUALA LUMPUR - Jurulatih pasukan terjun kebangsaan, Huang Qiang, didakwa di Mahkamah Sesyen...

Keadaan Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Segamat hampir pulih apabila 25 mangsa daripada...

Mataf Keliling Kaabah Diruntuh Mulai 1 April

KUALA LUMPUR – Mataf, binaan berbentuk bulatan di sekeliling Kaabah, yang digunakan oleh jemaah haji dan umrah ketika menunaikan tawaf di Masjidil Haram akan diruntuhkan secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Pengurus Tapak Binaan Premier Composite Technologies, Hairul Nizam Baharuddin, berkata kerja-kerja meruntuhkan mataf akan mengambil tempoh 29 hari dan dijadualkan mataf tidak lagi digunakan menjelang Ramadan.

Beliau yang bertindak sebagai jurutera pembinaan mataf dan projek perluasan Masjidil Haram berkata, kerja-kerja meruntuhkan mataf itu bagaimanapun tidak menjejaskan jemaah untuk mengerjakan tawaf.

Katanya, jemaah boleh mengerjakan tawaf seperti biasa tetapi dinasihatkan tidak menghampiri zon larangan sepanjang tempoh komponen mataf dibuka bagi tujuan keselamatan dan sebagai usaha mengelakkan kejadian tidak diingin.

“Ruang untuk menunaikan solat dan bertawaf menjadi sedikit terhad dan boleh menimbulkan kesesakan tetapi pastikan jemaah mematuhi arahan laluan ke ruang perkarangan Kaabah dengan bantuan sekuriti dan mutawif,” katanya.

Mataf dibina untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram dan lebih khusus untuk jemaah berkerusi roda, berusia dan mereka yang berkeluarga. Ia mula dibuka kepada jemaah seminggu sebelum Ramadan pada 2013 untuk memudahkan mereka tawaf dan solat.

Mataf mampu menampung kira-kira 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan sering menjadi tumpuan jemaah untuk bertawaf selepas Subuh, Maghrib dan Isyak.


“Seluruh binaan mataf yang menggunakan teknologi bahan komposit kukuh dari simen dan batu bata tidak lagi digunakan menjelang Ramadan pada Jun ini kerana arahan meruntuhkannya sudahpun diperoleh daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menurut Hairul Nizam, berikutan kerja-kerja meruntuhkan mataf, kesesakan dan kesukaran untuk bertawaf dan bersolat dijangka dihadapi jemaah kerana projek perluasan serta naik taraf Masjidil Haram belum siap sepenuhnya.

Kawasan tawaf akan hanya tertumpu di perkarangan Kaabah dan ini boleh menjejaskan kelancaran ketika tawaf, terutama pada Ramadan dan musim haji tahun ini. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori