Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pengajaran Agama Perlu Bersumberkan...

PAUH PUTRA (Arau) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan para...

Kerangka Baik Bolehkan UMNO...

SANDAKAN - UMNO dapat bertahan lama sehingga kini kerana mempunyai kerangka yang baik...

Kotak Hitam Pesawat Airbus...

SUSULAN nahas pesawat Airbus yang terhempas di selatan Perancis, semalam.Menerusi laporan Reuters, salah satu...

Kerajaan Sedia Pertimbang Kompaun...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata pihaknya sedia mempertimbangkan untuk mengenakan...

Mat Sabu Berdepan Notis Muflis Kalah Saman Fitnah SPR

TENTU ramai masih lagi ingat drama aksi selamba Presiden Parti Amanah Nasional (PAN), Mohamad Sabu yang mencampakkan pembesar suara ke arah poster Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Video telatahnya itu menjadi viral menerusi media sosial sehingga ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat Sabu – panggilan mesra juga disebut Bang Mat, nampak begitu tertekan sangat kebelakangan ini.

Entah kebetulan atau tidak, rupa-rupanya bekas orang ‘Nombor dua’ PAS itu kini berdepan dengan tuntutan muflis selepas dilaporkan gagal membayar hutang untuk satu kes saman fitnah.

Ia sebenarnya melibatkan tuntutan daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, lapor portal tempatan, AgendaDaily.

wan

Menurut cerita peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan, notis kebankrapan telah pun disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.

Berikutan itu, beliau terpaksa memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu, untuk mendapatkan sebanyak RM200,000 yang diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Ogos ini sebutan kes tersebut. Terdahulu Mahkamah Tinggi pada 20 Mac 2014 memerintahkan Mat Sabu dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi.

Ia berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana didapati bersalah memfitnah mantan orang Nombor Dua SPR itu berhubung isu ‘Projek IC‘ di Sabah.


wan3

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan bahawa plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad dan Mustafa selaku defendan.

Pihak mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan tersebut untuk membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam akhbar organ PAS iaitu Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013.

Ia hasil menerusi temu ramah pada 29 Januari 2013 dengan artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ .

Dalam penyataan tuntutan, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori