Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Abah Ditinggalkan Di Lebuh...

ANAK sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendedahkan ayahnya pernah ditinggalkan...

PRU-15 : Azwan Ali...

Kuala Lumpur : Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA...

Negara Miskin Tolak 100...

BRUSSELS: Negara miskin menolak lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 yang diedarkan menerusi...

Hujan Berterusan Di Utara...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan hujan lebat,...

“Mat Sabu & The Gang” Tubuh Gerakan Harapan Baru

SUDAH dijangka dan akhirnya saat tersebut telah tiba.

Setelah lebih sebulan bergelumang dengan pelbagai spekulasi tentang kedudukan kumpulan profesional dalam PAS, akhirnya mereka mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan yang diberi nama Gerakan Harapan Baru.

Gerakan tersebut diwujudkan demi memenuhi hasrat menubuhkan sebuah parti baru berkonsepkan Islam, juga memperjuangkan gabungan pembangkang ‘Pakatan Rakyat 2.0’.

Democratic Islamic Party (DIP) Bakal Ditubuhkan Progresif PAS?

Pengumuman baru saja dibuat salah seorang pemimpin G18 atau kumpulan progresif dalam PAS, Mat Sabu sebentar tadi.

Memetik kenyataannya menerusi laporan Malaysiakini, “Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.

“Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

“Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua” dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya.”


Antara pemimpin yang hadir di majlis pengumuman ini ialah bekas Naib Presiden Ahmad Awang, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Selain itu anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan Datuk Dr Yusuf Rawa iaitu Faiz Fadzil dan Mujahid Yusuf turut hadir memberi sokongan. Turut kelihatan Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Perpecahan antara pemimpin PAS menjadi ketara setelah selesai Muktamar Tahunan PAS yang mana tampuk kepimpinan tertinggi parti dikuasai oleh golongan ulamak sekaligus menepis golongan profesional.

Sejak hujung tahun lalu, PAS dilihat berpecah kepada dua puak yang mana puak ulamak dilihat lebih cenderung untuk tidak bekerjasama dengan DAP manakala puak satu lagi tidak mempunyai masalah berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Mat Sabu & Rakan-Rakan Tewas Muktamar Tubuh Parti Baru

2 KOMEN

  1. betul puak ni nk pangkat dan berjuang untuk diri sendiri..nk nama..tak ke mana perjuangan depa ni..sanggup ikut dap dn pkr..puak ni nk bwk kita ke mana?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori