Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori...

KUALA LUMPUR : Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan tarif perkhidmatan pembetungan...

Operasi SAR Warga New...

JOHOR BAHRU - Kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga...

Kelantan Kena Ambil Cakna...

BANGI - Kerajaan Kelantan tidak menunjukkan tanda positif mengambil cakna kajian dan dapatan...

Thailand Pertimbang Larang Eksport...

BANGKOK – Peladang kelapa sawit, pengekstrak dan pengeluar minyak telah berjanji dengan Jabatan...

Mana Nombor ID GST? Peniaga Caj Cukai Meragukan

TAK sampai 48 jam selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ramai individu mula melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan peniaga yang mengenakan caj GST pada item yang sepatutnya bernilai sifat cukai tersebut.

Itu satu hal… satu lagi isu yang hangat diperkatakan segelintir pihak adalah peniaga yang mengenakan caj tersebut secara meragukan apabila tidak menampilkan nombor ID GST pada resit yang dikeluarkan.

[BERKAITAN: Caj GST Pada Jualan Surat Khabar, 7-Eleven Mohon Maaf]

Seorang individu membuat aduan, sebuah syarikat perkakasan rumah telah mengenakan cukai tersebut kepada beberapa item yang dibelinya, namun resit yang diberi nyata tidak selari seperti diuar-uarkan kerajaan sebelum ini.

20150402_160944

Apa tidaknya, sudahlah tak ada nombor ID, malahan invois yang diberi cuma bertulis tangan dan bukanlah dicetak dengan mesin, lantas satu persoalan timbul. Adakah ia sah ataupun cuma helah bagi mengaut keuntungan berganda?

Mengikut jumlah barangan yang dibeli si pengadu, keseluruhannya bernilai RM362.

Seperti yang semua sedia tahu, GST di negara ini mengenakan caj sebanyak 6 peratus, menjadikan nilainya bertambah sebanyak RM21.73 dan total keseluruhan berharga RM383.

Ujar si pengadu, ia bukanlah satu dakwaan bahawa syarikat tersebut menipunya namun selaku pengguna dia meragui aliran wang ‘cukai GST’ yang dicaj kerana syarikat itu gagal menampilkan nombor ID yang diberikan pihak berkuasa setelah membuat pendaftaran.


11026128_10152959136724998_508175444253595920_n

Sepatutnya, ia menjadi syarat wajib bagi setiap peniaga untuk menunjukkan ID khas perniagaannya kepada pelanggan agar tidak mengelirukan masyarakat, kan?

Apa-apapun, kepada individu yang berasa tidak puas hati dengan caj GST yang dikenakan, terdapat beberapa saluran yang boleh dihubungi bagi membuat aduan antaranya laman sesawang GST sendiri, portal KPDNKK malahan talian online dari pihak Kastam.

Laman Sesawang Rasmi GST – (Klik Sini)

– MYNEWSHUB.CC

Menteri Jangka 80,000 Aduan Tapi Hanya 800 Sahaja Pada Hari Pertama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori