Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Warisan Bakal...

JOHOR BAHRU : Parti Warisan hari ini mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan...

Pemain Dram Flop Poppy...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib bekas pemain dram...

Bekas Pengurus Zizan Razak...

BEKAS pengurus Zizan Razak, Marina Juki berjaya mendapat memperoleh perintah injuksi sementara daripada...

Dewan Negara: Bilangan Penumpang...

KUALA LUMPUR – Bilangan penumpang laluan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya dijangka terus...

Majlis Perkahwinan Berlangsung Tanpa Pengantin Perempuan…

MAJLIS perkahwinan merupakan acara yang amat ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin.

Apa tidaknya, itulah saat terpenting mengabdikan kenangan terindah bersama insan tersayang termasuk melalui rakaman foto.

Namun, nasib tidak menyebelahi pengantin baru yang dikenali sebagai Ainul Aqmar apabila terpaksa meraikan hari bahagianya di hospital kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan atau cyst sehari sebelum majlis tersebut berlangsung.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh suaminya menerusi akaun Facebook Ari Shi’er, sekaligus bagi memohon agar para jemputan datang seperti biasa ke kenduri yang sudah dirancang biarpun tanpa kehadiran Ainul.

Majlis Perkahwinan Berlangsung Tanpa Pengantin Perempuan...
Kredit foto: Facebook Ainul Arzmi

Tidak dapat dipastikan bilakah sebenarnya majlis pernikahan pasangan tersebut, namun kami percaya kenduri tersebut merupakan majlis resepsi mereka berdua.

Tidak mengapalah kerana bagi kami, kesihatan Ainul adalah perkara paling utama berbanding perkara lain.


Apa yang penting, doa daripada keluarga dan rakan-rakan agar rumahtangga yang baru dibina berkekalan hingga ke akhir hayat…

Kami di Mynewshub juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru…moga bahagia kekal ke akhir hayat….

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori