Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas 16 Senjata...

LANGKAWI - Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah...

Bicara Lahad Datu: Polis...

KOTA KINABALU - Tembakan dilepaskan terhadap anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID)...

Haiza Kesal Persepsi Negatif...

PETALING JAYA - Penyanyi Haiza kesal apabila diberi amaran tentang cara pemakaiannya ketika...

DAP Tampil Pertahan Chieng...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen bukan mengkritik lagu Negaraku,...

Majlis Kahwin Yahudi Rai Pembunuhan Bayi Palestin

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel sedang menyiasat satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan pelampau Yahudi bersenjata meraikan kematian seorang bayi Palestin dalam sebuah majlis perkahwinan.

Bayi malang berusia 18 bulan itu, allahyarham Ali Saad Dawabsha, dibunuh dengan kejam dalam serangan bom api yang dipercayai dilancarkan oleh pelampau Yahudi pada Julai lalu, menurut laporan media tempatan.

Video yang disiarkan menerusi sebuah program berita stesen televisyen Israel, kini tersebar luas secara online ke seluruh dunia dan dikutuk ramai ahli politik negara itu, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Ia memamparkan hadirin majlis perkahwinan pasangan mempelai radikal sayap kanan menari sambil hayunkan senjata api, pisau dan bom minyak, serta mencucuk-cucuk sekeping gambar bayi Palestin itu dengan pisau mereka.

Media Israel melaporkan, pengantin lelaki tersebut sebenarnya pernah disoal siasat oleh pihak polis rejim Zionis atas tindakan ‘pengganasan Yahudi’ terhadap penduduk awam Palestin yang tidak berdosa selama ini.


Sementara mereka yang hadir pada majlis itu didapati merupakan rakan atau anggota keluarga suspek-suspek serangan bom api ke atas masyarakat Palestin pada Julai lalu, yang kemudian turut ditangkap baru-baru ini.

Gambar bayi Palestin, Ali Saad Dawabsha, yang dibunuh secara zalim dalam serangan bom dipercayai dilancarkan pelampau Yahudi. (Gambar fail: AFP/JAAFAR)

Netanyahu menyifatkan penyiaran video tersebut sebagai cukup ‘mengejutkan’ malah berkata, ia menunjukkan “wajah sebenar sebuah kumpulan yang menimbulkan bahaya kepada masyarakat dan keselamatan Israel.”

Sejak beberapa minggu ini, pihak berkuasa Israel menangkap sejumlah suspek pelampau Yahudi berhubung serangan bom api pada 31 Julai lalu di perkampungan Duma di Tebing Barat.

Namun tiada sesiapapun didakwa atas kesalahan itu setakat ini. Serangan itu membunuh bayi tersebut serta ibu bapanya. Anak lelaki pasangan itu yang berusia empat tahun satu-satunya yang terselamat dalam kejadian itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori