Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar Kecoh Kerana Jari Kaki

SEPANYOL – Majlis angkat sumpah Mamen Sanchez sebagai Datuk Bandar di sebuah bandar menjadi bahan jenaka dan dibayangi oleh gambar kakinya, bukan mengenai majlis berkenaan.

Ini kerana kasut yang dipakainya kelihatan tidak selesa dan tidak sesuai dipakai pada majlis berkenaan, disebabkan jari di kedua-dua kakinya terkeluar.

Ia menjadikan kaki Mamen sebagai liputan utama, bukannya usaha beliau untuk mengatasi pengangguran dan masalah sosial di kawasan berkenaan.

Kejadian tersebut yang berlaku pada bulan Mei 2013, disebarkan kembali ketika ini.

Ia kembali panas selepas pemenang Oscar Julianne Moore menyifatkan satu majlis karpet merah yang dihadiri pelakon itu menjadi satu bencana apabila jari kakinya terkeluar dari kasut yang dipakai.

Di sebabkan insiden Moore itu, pengguna media sosial kembali `mengorek’ insiden sama yang dialami oleh Mamen.

“Saya rasa Datuk Bandar memakai kasut yang salah dengan mengecualikan jari kecil itu,’’ kata seorang pengguna media sosial berjenaka.

Bagaimanapun nasib baik Mamen tidak melenting sebaliknya beliau turut sama menulis dalam twitternya sambil bergurau mengenai insiden berkenaan.

“Ia telah lama berlaku dan saya juga ketawa seperti orang lain apabila melihat dan membaca artikel mengenai jari kecil saya,’’ katanya.

- MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/3trPQ6R4Syw