Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Jepun Kecewa Miss...

TOKYO – Biarpun dilahir dan dibesarkan di Sasebo, Nagasaki, pemenang pertandingan ratu cantik...

Les’ Copaque Perluaskan Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Les' Copaque Production Sdn. Bhd. menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan...

Forestieri Popularkan Liga Malaysia

Pemain antarabangsa, Fernando Forestieri menyertai kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan lagi rahsia.Forestieri...

Ahmad Bashah Makin Pulih...

GEORGETOWN - Tahap kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Mahu Apa Lagi Tony, Air Asia Begitu Degil Sangat?

SYARIKAT penerbangan tambang rendah terkenal, AirAsia baru-baru ini sekali lagi terlepas tarikh akhir untuk berpindah rasmi ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Sabah.

Ini sebenarnya bukan kali pertama kerana mereka pernah berjanji untuk berpindah sepatutnya pada Januari lalu dan apabila gagal, AirAsia beri banyak alasan remeh kenapa tidak boleh berbuat demikian ketika itu.

Tarikh akhir kedua pun ditetapkan 1 Ogos lalu juga berlalu begitu sahaja dan sebaik ‘kantoi’ malu tidak dapat berpindah mengikut jadual, mereka sekali lagi memberi pelbagai dalih ‘bodoh’ serta tidak masuk akal.

Antaranya bimbang masalah mendapan tanah yang berlaku di klia2 di Sepang, Selangor konon akan ‘berjangkit’ pula di Terminal 1 KKIA selain cukai lapang terbang bakal naik dan membebankan penumpang.

Alasan tidak logik lain termasuklah konon jika mereka berpindah ke Terminal 1, ia boleh menjejaskan langsung sektor pelancongan Sabah di samping ramai petugas sedia ada di Terminal 2 akan kehilangan pekerjaan.

Tidak cukup dalih itu, AirAsia memberi lagi alasan terminal baharu konon tidak mampu menampung pertumbuhan pesat AirAsia dan sekiranya berpindah, operasi Terminal 1 pula menjadi kurang cekap!

Bayangkanlah lucunya pemindahan ke Terminal 1 yang saiznya jauh lebih besar, lebih selesa dan lebih baik daripada Terminal 2 mengikut unjuran AirAsia sendiri gagal menampung pertumbuhan masa depan AirAsia.

Padahal mereka sudah sedia dimaklumkan terdapat begitu luas tanah kosong mengelilingi sekitar tapak bangunan KKIA termasuk yang dirancang untuk perluasan kawasan kompleks kargo pada masa akan datang.

Juga Terminal 1 yang telah dinaik taraf memiliki had kapasiti penumpang lebih besar mengatasi Terminal 2 yang sudah sesak kerana terpaksa menguruskan 3 juta penumpang setahun berbanding had ideal 2 juta sahaja.

Jika dilihat secara jujur, Terminal 2 bukan setakat sempit, panas dan tidak selesa bagi pelancong luar. Persoalan: Kenapa AirAsia berkeras kekal di Terminal 2 walhal sebelum ini mereka sendiri sudah bersetuju untuk berpindah.

Juga timbul persoalan: Kenapa AirAsia berkeras melayan penumpang mereka seperti haiwan? Bayangkan setiap aduan mengenai ketidakselesaan penumpang di Terminal 2 selama ini sering diabaikan AirAsia sendiri.

Anehnya mereka sempat lagi ‘bising’ konon bimbang cukai lapangan terbang akan naik dan membebankan penumpang. Benarkah penumpang yang terbeban atau untung CEO AirAsia, Tony Fernandes akan kempis?

Cuba tunjukkan mana-mana penumpang kerap terbang (bukan staf AirAsia atau si tukang bodek) yang memilih destinasi penerbangan berdasarkan caj cukai lapangan terbang sebelum menempah tiket perjalanan.

Kajian membuktikan selama ini tiada siapa peduli berapakah cukai lapangan terbang jika amaun yang dikenakan itu antara 800 sehingga 1,000 peratus jauh lebih murah daripada harga tiket dikenakan AirAsia sendiri.

Apalah sangat caj biasa RM65 untuk kadar cukai itu berbanding kena bayar tiket AirAsia berharga lebih RM500? Itupun belum lagi termasuk caj tambahan untuk setiap perkara remeh-temeh tersirat dalam servis AirAsia.

Untuk makluman pembaca, bagi mereka yang sering terbang ke mana-mana destinasi antarabangsa, cukai lapangan terbang di luar negara sebanyak RM65 itu malah bukan benda baharu pun.


Pernahkah AirAsia berfikir secara serius bukan semua orang ada masa dan boleh rancang secara tetap setahun ke hadapan semata-mata konon untuk membeli tiket murah syarikat penerbangan itu lebih awal?

Adakah AirAsia sedar bukan semua penumpang mendapat tiket untuk kerusi berharga RM1 atau promo ajaib yang tidak masuk akal tetapi sebenarnya amatlah mustahil diperoleh walau bijak macam mana pun?

Sering kali setelah habis membuat tempahan, selepas mengambil kira segala caj tambahan (makanan, bagasi, perkara itu dan ini), tiket yang konon murah tersebut sebenarnya menyamai harga servis penuh normal.

Menyentuh alasan bodoh dan lawak alasan AirAsia enggan berpindah konon ia boleh menjejaskan sektor pelancongan di Sabah sekali gus ramai penduduk negeri itu akan kehilangan pekerjaan mereka.

Adakah ini bermakna Tony membayangkan bahawa AirAsia akan membuang ramai pekerjanya sendiri dan menjadikan ia dalih untuk tidak mahu berpindah ke Terminal 1 walhal perkara ini nampak tidak masuk akal.

Logik sepatutnya apabila berpindah ke bangunan lapangan terbang yang jauh lebih besar dan hebat, ia sewajarnya menawarkan lagi banyak peluang pekerjaan baharu dan bukan mengurangkan tenaga kerja sedia ada.

Apakah ia satu penghinaan kepada negeri Sabah dan rakyatnya apabila Tony berfikir konon jika berpindah ke Terminal 1 akan memberi kesan negatif kepada bidang pelancongan tempatan.

Hakikatnya, Sabah ialah negeri indah dengan rakyatnya yang cukup indah sudah lama hidup di Bumi Bawah Bayu itu lebih awal daripada sejarah Tony mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.

Negeri tersebut juga malah akan kekal di situ tanpa masalah sekali pun AirAsia tiada di situ. Maka janganlah dihina maruah warga Sabah kononnya tanpa AirAsia, jumlah pelancong akan jatuh berkurangan.

Ugutan AirAsia konon sektor pelancongan akan terjejas umpama hina Menteri Pelancongan Sabah dan rakyat Sabah yang bertungkus-lumus mempromosikan negeri itu khasnya selepas gempa bumi terkuat baru-baru ini.

Satu perkara yang boleh memusnahkan industri pelancongan Sabah ialah apa-apa kenyataan negatif yang keluar dari mulut Tony sendiri selain kecaman berterusan beliau ke atas negara ini.

Sikap tidak peduli beliau yang melayan pelanggan macam sampah juga jangan lupa. Pastinya di sebalik imej persepsi tambang murah, maka itulah harga yang dibayar penumpang untuk dapat servis teruk.

Namun apa yang pasti, tiada siapa mahu dilayan macam sampah walhal aduan penumpang mengenai keadaan Terminal 2 yang amat teruk tidak pernah pula diambil perhatian oleh AirAsia sendiri selama ini.

Cukup-cukuplah Tony, sila tunjukkanlah rasa hormat kepada pelanggan yang sudah membayar perkhidmatan syarikat anda dan hentikanlah berlagak diva; sebaliknya segeralah berpindah ke Terminal 1. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori