Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isteri Presiden Indonesia Lawat...

KUALA LUMPUR - Demonstrasi mencanting batik menjadi antara tarikan utama kepada Iriana, isteri...

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat...

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 433 orang daripada...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin,...

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus...

Tiga Beradik Maut MPV...

KUANTAN - Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas...

Madhu Kinnar Datuk Bandar Transgender Pertama Di India

SEBUAH bandar di India mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila seorang transgender, Madhu Kinnar, 35, telah dilantik menjadi wakil mereka atau datuk bandar bagi kawasan tersebut.

Madhu, calon bebas memenangi pemilihan datuk bandar di Raigarh mengalahkan pesaingnya dari parti kerajaan Bharatiya Janata Party dengan majoriti sebanyak 4,500 undian.

Madhu berasal daripada golongan berkasta rendah sebelum ini pernah melakukan pekerjaan seperti menyanyi, menari serta menghiburkan penumpang kereta api.

Menurut kajian yang dijalankan aktivis di sana, populasi transgender di India semakin bertambah dari hari ke sehari namun mereka menghadapi masalah diskriminasi daripada penduduk lain yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

April lalu, Mahkamah Agung India telah mengesahkan golongan transgender perlu diberikan hak sama rata seperti golongan lain dan mereka telah diiktiraf sebagai jantina ketiga yang sah di sana. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • India

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori