Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedah Tumpu Usaha Tingkatkan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengeluaran padi...

Video: Gila… Lelaki Dibakar...

MANUSIA moden mungkin semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam...

Suspek Kes Kematian Datin...

Seremban : Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes kematian wanita bergelar Datin...

Cuma Dibayar RM50, Pelakon...

KONONNYA dijanjikan bayaran RM100 sehari bagi menjalani penggambaran selama 11 hari, namun semua itu...

Penumpang ERL Buat Bodoh Lunjur Kaki Ketika Koc Sesak

APA nak jadilah dengan generasi sekarang. Makin maju negara, makin kurang pula adabnya.

Sepintas je kita tengok gambar ni dah rasa sakit hati kan… Mana taknya, kemain melunjur lagi kaki dia kat atas kerusi tu. Macam bayar tiket untuk satu koc!

Gambar ini dimuat naik oleh seorang penumpang tren berkelajuan tinggi (ERL), Intan di Facebooknya. Dia yang menaiki tren terakhir malam Ahad lalu memang geram dengan perangai remaja ni.

takdeadab1

Ketika mynewshub menghubungi Intan untuk bertanya hal itu, Intan berkata dia tidak menyangka begitu teruk perangai remaja itu seolah-olah tidak peduli dengan penumpang lain yang memerlukan tempat duduk.

“Masa tu tren terakhir jadi ramailah penumpang tren terutama pekerja KLIA 1 & KLIA2 nak balik. Tapi, budak tu buat-buat tak nampak jer. Sudahlah melunjur, beg dan bagasi diletak pula diatas kerusi. Apabila ditegur dia buat-buat tak dengar.

“Lebih memalukan, ada pelancong asing yang naik tren tu skali. Jadi saya minta dia turunkan kaki, sedihnya takde respon! Sampai pelancong tu kata ‘tak apalah’. Sakitnya hati tengok adab dia  ni,” kata Intan yang terlalu geram lalu memuatnaik gambar ini.

komen1

komen2

komen3

Harap-harap sape-sape yang pernah berkelakuan seperti ni cepatlah sedar yer… Biar muka tak lawa, boleh juga di ‘plastic surgerikan’, tapi kalau perangai buruk tak diubah, sampai mati pun orang benci! :-MYNEWSHUB.CC


Oleh: KAKAK KAWASAN  

 

 

 

 

 

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori