Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Suami Tikam Isteri: Suspek...

KANGAR: Seorang bekas tentera yang dipercayai menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di...

Gugur Kes Guan Eng,...

KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pengguguran kes korupsi Lim...

Suntik Bibir? Ernie Zakri...

PENYANYI Ernie Zakri menyifatkan dakwaan kononnya dia melakukan suntikan pada bahagian bibir untuk...

RM25 Juta Lagi Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM25 juta lagi dana peruntukan khas bagi menyelenggara...

Musim Nahas Lori Terbabas Kali Ini Mangsa 14 Kereta Di Jalan Duta

KUALA LUMPUR – Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir hilang kawalan lalu merempuh 14 kereta di hadapannya di Jalan Tuanku Abdul Halim atau Jalan Duta di sini petang Khamis.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan, kemalangan pada pukul 4.50 petang itu tidak meragut nyawa namun menyebabkan kecederaan ringan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Pemandu lori berusia 32 tahun itu mendakwa dia hilang kawalan apabila berlaku kegagalan brek pada lori berkenaan ketika berada pada jalan yang sedikit menuruni bukit menghala ke pusat bandar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Markandan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan lima lorong satu hala dan kenderaan yang dilanggar adalah di lorong keempat dan kelima ketika jalan sedang sesak.

Katanya ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan dan lori berkenaan melanggar kenderaan di hadapannya yang bergerak ke arah yang sama.


Beliau berkata lori dan semua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan pemandu lori berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kerana memandu dengan tidak cermat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori