Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Omicron Di UK...

LONDON : Kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di United Kingdom (UK) sudah mencecah...

PH Akhirnya ‘Bakul Sampah’...

HAPUS... Setelah hampir 200 hari kuasai Malaysia, Pakatan Harapan (PH) akhirnya secara rasmi...

Empat Tangki Gas Dalam...

KUALA TERENGGANU – Seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna...

Menteri Jepun Akan Letak...

TOKYO - Sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Perdagangan dan...

Lori Besar Terus Bermaharajalela, Tak Takut Pada Sesiapa!

BUKAN sekali, bukan dua kali namun sering terjadi. Kes membabitkan lori besar dan trailer yang terus-terusan berlagak ‘samseng’ di atas jalan raya bagai tiada kesudahan.

Terkini, satu kejadian rempuhan melibatkan sebuah lori loader yang ‘menyambar’ satu papan tanda di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, Selangor berlaku kira kira jam 4.30 petang, Rabu.

Memetik laporan akaun Facebook DAily TRaffic REport, insiden tersebut berlaku setelah lori berkenaan melanggar tiang signboard ketika menaiki susur keluar selepas Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kilang Gula CSR di Shah Alam.

lori besar 1 10922863_777700835612468_8746655315688773053_n

Sekadar informasi pembaca, dalam jangka masa tiga hari kebelakangan ini, terdapat tiga kejadian berasingan melibatkan lori bermuatan terlibat dalam kemalangan (Sila rujuk artikel yang dipautkan di bawah).

[WAJIB BACA INI: Al-Fatihah : Pelajar Tingkatan Satu Maut Digilis Lori]

[WAJIB BACA INI: Gambar : Bangkai Babi Bergelimpangan Bila Lori Terbalik]

[BACA INI JUGA: Lori Buah Kemalangan, Orang Ramai Berpesta Kutip Oren]

Bukan sekadar itu sahaja, dilaporkan terlalu banyak kemalangan melibatkan kenderaan besar tersebut semenjak dua menjak ini berlaku.

Lagi menyedihkan, kejadian kemalangan membabitkan lori besar dan trailer selalunya mengakibatkan mangsa ‘kerdil’ seperti penunggang dan pembonceng motosikal yang menanggung akibat.

Ramai pengguna jalan raya menyelar keegoan pemandu lori yang dilihat tidak mahu bertolak ansur dengan kenderaan lain yang menggunakan jalan raya atas dasar ‘kenderaan aku lebih besar!’

Selain itu, sebahagian pemandu lori turut dituduh terlalu mengejar elaun sehinggakan memandu dalam keadaan berbahaya dan melulu.

Situasi anda dipotong lori besar dan trailer yang menggunakan lorong paling kanan ketika di lebuhraya sering terjadi, kan? Nah, itu bukti paling mudah sikap segelintir pemandu lori yang cuma mementingkan diri sendiri.

Pemandu Trailer Sempat Lambai Tangan - Saksi Utama [Pemandu Bas Ekspress]

Namun yang meninggalkan tanda tanya, kenapa pemandu lori mahupun syarikat tersebut terlalu ampuh untuk diambil tindakan? Adakah mereka membayar pihak-pihak tertentu untuk ‘tutup mata’ atau pihak tersebut ‘tidur’ dan tak menjalankan tugas? Siapa nak jawab?


Di peringkat rakyat akar umbi, ada istilah yang sedang popular yakni ‘bayar bulan’. Bayar kepada siapa? Pihak berkuasa buat-buat bertanya pulak…

Secara logiknya, tiga agensi kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta polis trafik bertugas untuk memantau gejala-gejala sebegini.

Namun sehingga kini, syarikat-syarikat terlibat seperti ‘kalis peluru’ untuk ditembusi undang-undang yang diwartakan.

kemalangan maut di jelapang terowong menora 6

Siapa tak pelik, kesalahan yang melibatkan kenderaan berat tersebut bukan ‘kecil-kecil anak’ dan boleh ditutup, tapi terang lagi bersuluh kerana media acap kali melaporkannya!

Begitu nyata pemandu kenderaan berat di negara ini semacam langsung tidak takut dengan pihak berkuasa…. kang orang kata bos diaorang dah bayar bulan kat polis, JPJ atau SPAD marah lak… tapi hakikatnya di mata kasar memang nampak camtu.

Namun, persoalan yang ditimbulkan bukanlah bertujuan untuk menuduh mana-mana institusi tak menjalankan tugas, tetapi sekadar menjentik supaya bangun dari lena dan tidak terus memandang isu ini sebagai enteng dan picisan.

Ini kerana, yang menjadi mangsanya bukanlah pemandu lori, namun masyarakat marhaen yang cuma menunggang motosikal untuk mencari sesuap nasi. Golongan seperti inilah yang terpaksa berhadapan dengan kerakusan dan sifat penting diri sesetengah pihak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Kesalahan Trafik, Lori Potong ‘Double Line’

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori