Lucu! Iklan Yang Tak Sesuai Dengan ‘Tema’ Laman Web

SECARA umumnya pengiklanan Google di halaman web sudah lama diperkenalkan dengan menggunakan plaform pengiklanan Google Adsense.

Pihak Google Adsense juga telah mengumumkan penggunaan iklan dalam Bahasa Melayu, maka berkoyan-koyanlah pembangun web di Malaysia yang memohon untuk mendapatkan akaun percuma platform pengiklanan online paling berpengaruh ini.

Namun, harus diketahui dan diambil tahu bahawa bukan semua iklan di dalam Google Adsense itu sesuai ditayangkan kepada pengunjung laman sesawang.

Lihat sahaja contoh yang terjadi kepada laman sesawang Waktu Solat Malaysia, agak lucu bukan?

kakaka3

 

Melalui halaman Twitter penyampai dan pengacara stesen radio BFM, Ezra Zaid, beliau berkongsikan pautan gambar di mana penggunaan iklan Google Adsense di laman web Waktu Solat Malaysia sememangnya tidak sesuai dan berunsurkan lucah.

Pihak pembangun laman Waktu Solat Malaysia seharusnya menetapkan terma dan tetapan bagi sesetengah iklan ini yang bakal mengundang sedikit ‘ketidak selesaan’ kepada pengguna.

Unsur-unsur seperti iklan daripada dating site contohnya boleh ditetapkan sebagaimana imej yang dipaparkan mungkin tidak sesuai.

Sumber: Twitter Ezra Zaid

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC