Lepas Ni Dah Tak Ada Babak Peluk & Cium Dalam Drama TV…

BUAT peminat setia drama bergenre romantik yang menonjolkan adegan-adegan romantis seperti peluk dan cium dahi mahupun penggemar cerita bertemakan seram yang menampilkan watak hantu yang mengerikan, nampaknya anda tidak akan lagi dapat menonton babak-babak berkenaan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikongsi di media sosial sejak semalam, badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya.

BERKAITAN: Terlebih Mesra, Drama Dia Isteri Luar Biasa Terpaksa ‘Reshoot’

ombakrindu3
Sekadar gambar hiasan

Mungkin kerana kebanjiran produk-produk drama yang menampilkan unsur-unsur seksual mahupun keganasan secara berlebihan, maka LPF mengambil inisiatif tersebut bagi menghormati penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menerusi pekeliling itu, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan pula hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.

Selain dari adegan sensual dan ghairah, LPF turut akan memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahyul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu.

Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.

Pihak LPF turut menyatakan garis panduannya terhadap elemen-elemen lain seperti babak membabitkan rokok, minuman keras, dadah, kerosakkan akhlak, pakaian, perlakuan tidak sopan, ganas, kejam dan berbaur politik. Jom kita lihat syarat-syarat wajib potong untuk adegan-adegan sedemikian.

LPG-GUIDELINE-JUN-2015-6

LPG-GUIDELINE-JUN-2015-7 LPG-GUIDELINE-JUN-2015-8 (1) LPG-GUIDELINE-JUN-2015-9

Rentetan dari terbitan pekeliling tersebut, ada pengarah yang mula berkongsi informasinya di ruang media sosial dan mengingatkan pengarah-pengarah lain untuk mematuhi syarat yang telah digariskan andai tak nak drama mereka menjadi cacat dan lompong kelak!

Pengarah drama Kerana Cintaku Saerah, Syahrulezad Mohameddin berkata, setiap pengarah harus berhati-hati dengan lakon layar selepas ini yang mana ia tidak lagi tertakluk kepada pihak stesen TV sebaliknya LPF.

Untitled

Tindakan tersebut sememangnya harus disokong kerana trend drama-drama bersiri di Malaysia kini menampilkan adegan romantik yang berlebihan. Mana taknya, adegan berpelukan, mengendong pasangan malah tidur sekatil dapat ditonton setiap hari!

Ya, tak dapat dinafikan, ia dibuat atas alasan ingin menghidupkan jalan cerita supaya penonton mudah faham, tetapi walau apapun, matlamat tak menghalalkan cara, kan?

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Antara Babak-Babak Romantis Dalam Drama Melayu

Loading...