Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jaga Keharmonian Dan Persefahaman...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam...

Usul Hadi Mengenai Hudud...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan oleh Presiden...

Kadar Sewa Tapak Khemah...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengenakan bayaran yang...

Tiga Kereta Tesla Tersadai...

BEIJING : Tiga buah kereta Tesla Roadster 2010 yang belum pernah digunakan akan...

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Didenda RM12,000

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM12,000 kepada seorang lelaki warga India selepas mengaku bersalah menampar Imam II Masjid Negara, ketika berlangsungnya solat Jumaat bulan lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin turut mengarahkan tertuduh, Shabir Ahmad Khan, 31 tahun; menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kecederaan terhadap Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, 39 tahun; di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 tengah hari, bertarikh 18 September lalu.

Selain itu, Shabir turut didakwa atas dua lagi pertuduhan iaitu mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal lebih masa di negara ini di tempat, waktu dan tarikh sama meskipun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu.


Berdasarkan laporan psikiatri, Shabir disahkan menghidap kecelaruan bipolar dan tidak sedar akan tindakannya ketika kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori