Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Dera Anak Angkat...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini memerintahkan pengasuh tadika...

MATRADE Sasar RM5 Bilion...

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan peningkatan hasil eksport di...

Sukan Jiu Jitsu Antarabangsa,...

NAMA Malaysia terus harum di persada antarabangsa apabila wakil negara, Adam Akasyah meraih...

6 Ketua Pemuda UMNO...

KOTA KINABALU - Enam Ketua Pemuda UMNO bahagian di Sabah meninggalkan parti itu...

Lelaki Sado Jual Buah Tarik Ramai Pelanggan Di Taiwan

SEJAK kebelakangan ini banyak kisah-kisah mengenai lelaki sado yang berniaga mendapat perhatian masyarakat khususnya kaum wanita.

Sebelum ini, terdapat kisah tentang penjual taufu fah sado di Taiwan yang berjaya memikat hati ramai wanita, tidak ketinggalan tauke ayam berbadan sado di Malaysia juga telah mensensasikan pengguna media sosial.

Kini, muncul lagi seorang lelaki sado yang berniaga dan kali ini menjual buah-buahan serta sayur-sayuran, adakah ini taktik terbaru untuk para peniaga melariskan perniagaan mereka?

[GAMBAR: TAUKE BERBADAN SADO JUAL AYAM JADI VIRAL]

[SI PENJUAL TAUFU FA SADO JADI KEGILAAN GADIS DI TAIWAN]

sado

Wang Xianghong, 20, kini mendapat perhatian serta viral di media sosial kerana ketegapan badan dan kekacakan yang dimiliki.

Gambar Xianghong telah diambil oleh salah seorang pembeli wanita yang membeli buah di sebuah gerai di jalan Qiangjiang di daerah Beitou, Taipei, yang juga merupakan tempat kerja lelaki itu.

sado2


Menurut sumber, Xianghong bekerja di gerai tersebut empat hari dalam seminggu dan sudah bekerja hampir setengah tahun di situ.

Dia juga merupakan part-time model dan kini sedang merancang untuk berkhidmat sebagai tentera hujung tahun ini.

Pemilik gerai buah tersebut mengakui kehadiran Xianghong telah melariskan lagi perniagaannya berbanding sebelum ini.

Mana tidaknya, pelanggan yang datang bukan sahaja dapat membeli buah atau sayur yang segar di situ tetapi dapat juga mencuci mata. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: Syfq Akhir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori