Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger...

AirAsia Selar Caj PSC...

AirAsia Malaysia berkata pihaknya berpegang tegas dengan pendirian bahawa keputusan mengenakan caj khidmat...

Pendidikan & Peluang Pekerjaan...

KUALA LUMPUR - Pendidikan bertaraf antarabangsa dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merupakan aspirasi...

Singapura Tawar Suntikan Penggalak...

SINGAPURA: Suntikan penggalak akan ditawarkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada...

Gadai Nyawa Untuk Rakam Gambar Letusan Gunung Berapi

HOLUHRAUN, Iceland – Seorang jurugambar sanggup menggadaikan nyawanya dengan mengambil gambar letusan lava di bahagian sebuah gunung berapi di sini pada jarak yang terlalu dekat.

Jurugambar tersebut, Tomas Freyr Kristjansson merakamkan gambar menakjubkan itu bagi menunjukkan keajaiban gunung berapi Holuhraun yang mula aktif sejak beberapa hari lalu.

Kristjansson berkata, keadaan di gunung berapi berkenaan sangat bahaya sehingga pihak berkuasa terpaksa menutup kawasan tersebut kepada para pelancong.

“Walaupun keadaan ketika itu sangat bahaya tetapi saya tetap teruja untuk merakamkan letusan lava yang menjulang sehingga beberapa puluh meter.


“Saya cuba merapati letusan lava itu sehampir yang boleh untuk mengambil gambar yang menarik sehingga terasa bahang yang sangat panas dan turut merasai gegaran yang kuat setiap kali letusan berlaku.

“Gambar-gambar yang saya rakamkan ini menggambarkan kejadian alam yang paling menakjubkan dan cantik yang pernah saya saksikan,” katanya. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=sS4_jx7qC2w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori