Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peperiksaan ACCA Diteruskan Seperti...

KUALA LUMPUR - Peperiksaan bertulis The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) akan...

Kanak-Kanak Dimasukkan Dalam Mesin...

MALANG menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Raelyn apabila dia dimasukkan ke dalam...

Remaja Perempuan Hanya Mahu...

MUAR - Remaja perempuan yang ditahan kerana dipercayai mahu menyertai kumpulan militan IS...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia...

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa...

Lelaki Peram Telur Rebus Dalam Badan Selama 20 Tahun

London – Manusia bertelur. Jangan terkejut tetapi itu yang dialami seorang seorang lelaki berusia 62 apabila doktor menemui `telur rebus’ dalam badannya.

`Telur’ berkenaan rupanya selama ini telah menekan pundi kencingnya hingga memaksa lelaki terbabit kerap kencing.

Ia dikesan apabila lelaki itu mendapatkan rawatan di hospital, selepas lebih 20 tahun mengalami masalah itu.

Doktor yang memeriksanya kemudian mengambil sampel dan menghantar ke makmal untuk pemeriksaan, namun tidak menemui sebarang perkara luar biasa mengenai penyakitnya.

Hanya selepas imbasan CT dijalankan barulah mereka menemui objek sepanjang 10cm dan lebar 7.5 cm. Ia seberat 220 gram.


Menurut New England Journal of Medicine, ketumbuhan berkenaan yang kelihatan seperti telur dipercayai terbentuk apabila kantung lemak dalam usus membran telah terpintal dan berubah menjadi ketulan.

Selepas pembedahan dijalankan bagi membuang telur berkenaan, lelaki itu tidak lagi mengalami masalah pundi kencing.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=OFi1pfRWl-w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori