Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Acara Babi Lumba Renang...

BEIJING - Warga China baru-baru ini gempar apabila dikejutkan dengan acara lumba renang...

Penduduk Terkejut Kehadiran Bangkai...

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Mantanani, Kota Belud dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan paus...

Tidak Boleh Makan, Minum...

PADAH nak cantik. Seorang ibu kepada seorang anak tidak boleh makan dan minum...

Azmin Mulakan Tugas MB...

SHAH ALAM - Azmin Ali memulakan tugas pertama sebagai Menteri Besar Selangor yang...

Lelaki Maut Di Bintulu: ‘Ball Pen Gun’ @ Rokok Elektronik Puncanya?

BINTULU: Hasrat seorang lelaki bersama rakannya ke sebuah kedai kopi untuk minum bersama tidak kesampaian apabila ketika berjalan di kawasan pejalan kaki di hadapan Tamu Bintulu, mangsa maut selepas rokok elektroniknya meletup secara tiba-tiba pagi semalam.

Sumber berkata, mangsa yang merupakan seorang pemandu van dikenali sebagai Lau, 53, ketika kejadian berhasrat mengambil penumpang tetapi kerana masa masih lama, dia mengajak kawannya berjalan kaki menuju ke sebuah kedai kopi.

Semasa berjalan tanpa diduga rokok elektronik mangsa tiba-tiba meletup dan dipercayai bateri pada rokok elektronik itu terkeluar dan terkena dada mangsa menyebabkan mangsa rebah.

rokokelektrik2

Rakannya yang terkejut cuba membantu dan mendapati dada mangsa ada kesan berlubang dan terbakar.

rokokelektrik3

Rakan mangsa memanggil-manggil nama mangsa kerana matanya masih terbuka tetapi tidak lama selepas itu, mangsa terus tidak sedarkan diri.

rokokelektrik1


Orang awam yang berada berdekatan terus menghubungi ambulans Hospital Bintulu dan pihak polis.

Anggota paramedik yang memeriksa mangsa di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Begitupun punca kematian mangsa masih dalam siasatan selepas bedah siasat selesai dijalankan. – THE BORNEO POST

* Dalam pada itu, sebuah lagi akhbar tempatan hari ini didapati turut melaporkan berita di atas namun punca kematian didakwa bukanlah rokok elektronik tetapi senjata berbentuk ‘ball pen gun’ yang meletup ketika dipegang lalu terkena dada mangsa.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya lapor HARIAN METRO.

Berbeza dengan kenyataan disiarkan The Borneo Post, Harian Metro menulis kawan mangsa memaklumkan senjata seperti ‘ball pen gun’ masih di tangan mangsa yang sempat memberitahu dadanya sakit sejurus sebelum meninggal dunia. – MYNEWSHUB

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori