Lelaki Diikat Dalam Penerbangan Kerana Mabuk

HONG KONG – Seorang lelaki terpaksa diikat di dalam sebuah penerbangan komersial ke wilayah Siberia baru-baru ini kerana dipercayai telah menganggu ketenteraman penumpang lain.

Menurut laporan media tempatan, lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya berjaya diikat dengan tali pinggang kecemasan pesawat serta pita pelekat kerana mabuk yang teruk.

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Rusia mengenai insiden berkenaan kerana ia mungkin dianggap sebagai agak terpencil untuk dikecohkan.

Tied-1

Kejadian tersebut berlaku dalam penerbangan antarabangsa Siberia 546 yang menuju dari Hong Kong, China ke Vladivostok sebuah bandar Rusia terletak di hujung paling timur wilayah Siberia.

Sebuah video yang dirakam seorang penumpang telah menunjukkan saat-saat lelaki terbabit terpaksa dipukul dan dijatuhkan sebelum diikat oleh orang ramai yang geram dengan gelagat mabuknya itu.

Video berkenaan dengan durasi masa hanya 18 saat dilaporkan telah ditonton lebih 700 ribu kali sejak ia dimuat naik menerusi laman Youtube baru-baru ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Video lelaki mabuk diikat di dalam penerbangan Siberia yang menuju dari Hong Kong ke Vladivostok

Oleh: Syfq Akhir