Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kawalan Ketat Di Kedutaan...

KUALA LUMPUR : Kedutaan Sweden dikawal ketat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Mohd Zuki Pengerusi Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali mempengerusikan...

Perancis Periksa Kanak-kanak Tidak...

PARIS: Kesatuan sekerja dan kumpulan antiperkauman mengkritik inisiatif Kementerian Dalam Negeri Perancis memeriksa...

Gambar Majlis Aqiqah Baby...

TAK salah rasanya kalau dikatakan si comel yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana...

Lelaki Buta Sebelah Mata Lepas Seminggu Tak Buka Kanta Lekap

SEORANG lelaki dari Cincinnati, Amerika Syarikat, Chad Groeschen, 39, mengalami trauma apabila matanya menjadi buta sebelah gara-gara tidak membuka kanta lekap selama seminggu.

Chad, seorang pengukir arca, berjumpa dengan doktor sebaik matanya menjadi gatal dan lama-kelamaan menyedari keadaan matanya semakin teruk dan hampir hilang daya keupayaan melihat di bahagian mata sebelah kiri.

Pakar mata mendedahkan matanya terkena jangkitan bakteria Pseudomonas gara-gara memakai kanta lekap dalam jangka masa panjang selain tidur tanpa menanggalkannya terlebih dahulu.

chad1
Chad Groeschen, 39, mengalami trauma apabila matanya menjadi buta sebelah gara-gara tidak membuka kanta lekap selama seminggu.

“Jenis kanta lekap yang saya gunakan adalah untuk kegunaan sepanjang hari dan saya menjangkakan kita boleh memakai kanta lekap 30 hari terus tanpa menanggalkannya,” katanya yang nyata menyesal insiden tersebut.


Chad kini memerlukan penderma kornea bagi memulihkan semula penglihatannya dan dia turut meminta orang ramai yang menggunakan kanta lekap agar sentiasa menjaga kebersihan dan mengikuti segala arahan pemakaian alat bantu penglihatan itu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=9lY7dMBiTGM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori