Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Fahrin Ahmad Nak Tunaikan...

PELAKON kacak, Fahrin Ahmad mengatakan dia sudah memasang niat untuk menunaikan haji selepas...

Pindah Masjid Lama Bimbang...

SEBUAH masjid pada abad ke-15 di Turki telah dibahagikan kepada tiga bahagian dan...

Gunung Berapi New Zealand...

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dikhuatiri cedera apabila gunung berapi White Island di New Zealand...

Siapa Yang Kutuk Dan...

TERNYATA pelakon Hanez Suraya masih belum mampu memperolehi 'ketenangan' sejak terjebak dengan cinta...

Lelaki Algeria Meninggal Dunia Di Raudhah, Masjid Nabawi

Al-Fatihah, seorang lelaki dari Algeria dilaporkan telah meninggal dunia di dalam kawasan Raudhah di Masjid Nabawi di Madinah kira-kira 10 minit selepas masuknya waktu subuh tadi di sana.

Gambar jenazah lelaki itu dikirimkan oleh pengacara stesen televisyen TV3 Fedtri Yahya yang sedang berada di Madinah menunaikan umrah.

MENARIK – Jemaah Haji 2015 Bakal Guna Tren Laju Makkah – Madinah

Lelaki ini, saatnya meninggal dunia begitu didambakan oleh setiap orang Muslim di dunia kerana meninggal dunia pada hari Jumaat dan juga di dalam kawasan yang ditentukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai satu antara taman-taman syurga di sisi Allah.

AlgeriaMati_2

Memetik laman blog syahrilkadir.wordpress.com, Raudhah merupakan satu kawasan yang terletak di antara Mimbar dengan makam Nabi Muhammad SAW yang dahulunya rumah baginda.

Jarak rumah baginda dengan masjid begitu dekat dan kawasan di antara rumah dan masjid itu ditentukan sebagai Raudhah.


“Ibn Hajar al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa.

“Dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga apalagi nak kita katakan, Subhanallah!” menurut Syahril Kadir pemilik blog berkenaan.

Sesungguhnya kematian warga Algeria itu memang sudah ditakdirkan Allah untuk mendapat sebaik-baik kematian di hari yang mulia dan di tempat yang mulia di sisi Allah dan RasulNya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Suasana Dalam Raudhah Di Masjid Nabawi, Madinah

http://youtu.be/3LGebKyz46E

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori