Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dewan Ulama PAS Pusat...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membayangkan PAS berkemungkinan mencatatkan keputusan...

Video: Drama Waktu Berbuka,...

VIDEO perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan yang dimuat naik oleh pengguna...

7 Individu Terbabit Kumpulan...

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu termasuk dua warga Filipina terbabit dengan kegiatan...

‘Menantuku, Sahabatku’ Bermula Sejak...

PASR PUTEH - Hubungan mereka bukan hanya sebagai bapa dan menantu, bahkan jauh...

Lawak! Suami Kantoi Mengayat Mira Filzah Di Instagram

KES suami menggatal atau ‘mengayat’ perempuan lain di belakang isteri bukan perkara pelik. Malah ramai mengetahui, itu adalah fitrah lelaki yang biasanya cuma setakat mahu berlawak.

Bagaimanapun apabila kelakuan si suami ketika menggatal diketahui isteri, maka adegan seterusnya agak sukar diteka.

Bagi isteri yang sporting ianya boleh menjadi satu kejadian lawak sebaliknya jika isteri jenis sensitif bab-bab begini maka tak mustahil insiden berdarah pun boleh berlaku.

Maka, sama-sama kita doakan seorang suami yang kantoi meluahkan ayat-ayat gatal di Instagram Era_FM dua hari lalu ini, memiliki isteri yang boleh dibawa bergurau!

Segalanya bermula apabila Era_FM memuatnaik gambar Mira Filzah yang diakui memang comey.

Tanpa berfikir panjang seorang pelawat meninggalkan komen berbunyi, “Aduii Mira Filzah kenapa malam-malam ni gambar awak yang keluar. YA ALLAH jika dia jodohku yang kedua kau rapat-rapatkan laa. Aminn..”

Tidak berapa lama kemudian ruangan komen tiba-tiba berisi ayat separa mengancam daripada seorang wanita berbunyi, “Ambiii nak rasa sendok sangat nampak?”

‏Lawak! Suami Kantoi Mengayat Mira Filzah

Lawak! Suami Kantoi Mengayat Mira Filzah Di Instagram


Melihat komen itu lelaki berkenaan segera memberitahu dia hanya bergurau seterusnya menukar kepada alasan akaun Instagramnya itu telah digodam rakan.

Alasan itu nyata memakan diri apabila dia kemudiannya diminta supaya men-tag rakan yang membuat onar itu dan si suami tak dapat berdalih lagi..

Lawak! Suami Kantoi Mengayat Mira Filzah Di Instagram

Sama ada ianya benar-benar melibatkan sepasang suami isteri atau sudah dirancang tidak dapat dipastikan namun ramai yang berasa lucu melihat insiden ini.

Sama-sama kita doakan semoga rumah tangga Halmi Kheirin dan Nor Lieza sentiasa bahagia diselangi gurauan dan paling utama, harap-harap tak ada sebarang kecederaan yang berlaku pada malam kejadian ini, hehe. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori