Lawak.. CEO Iklankan Jawatan Kosong Di Akhbar Cari Bini!

TERBAHAK-BAHAK ketawa jadinya membaca satu ruangan jawatan kosong dalam sebuah akhbar tempatan.

Mana tidaknya, seorang CEO mencari seorang pembantu peribadi dengan syarat sanggup menjadi isteri kepada CEO.

Hamboi… bukan main lagi permintaan dan syarat pihak majikan yang menawarkan pekerjaan ini.

Agak-agaknya, ada ke yang sanggup menerima tawaran pekerjaan tersebut?

Yela kot-kot ada yang berkenaan nak jadi bini CEO la katakan!

Tambahan pula, gaji yang ditawarkan memang lumayan hingga mata yang melihatnya boleh berpinar-pinarla jadinya.

1653879_790196347683003_814467614143307268_n

Ermmm… bila difikir-fikirkan ini mesti kes parah CEO terdesak cari pembantu yang layak jadi bini hingga sanggup mengiklankan jawatan kosong tersebut dalam akhbar.

Hah, bagi sesiapa yang berminat apa lagi, silalah hantar resume anda kepada ipmcglobal@gmail.com.

Selamat maju jaya dalam temuduga anda! – MYNEWSHUB.CC

 

Video Tips Interview 

 

 

Leave a Reply