Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Polis Pening, Suspek Jawab...

MACAM ni pun ada... Pasukan polis di Amerika Syarikat terpaksa menghentikan siasatan terhadap...

Polis Tumpas Kumpulan Amir...

TAIPING – Polis menumpaskan kumpulan samun Amir Batu 16 dengan penahanan tujuh suspek...

Sultan Nazrin Serah Watikah...

KUALA LUMPUR -Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada...

Sistem STAMPS LHDN Berwajah...

KUALA LUMPUR - Selaras dengan usaha berterusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan...

Kubur Besar Di Wang Kelian: 22 Lagi Rangka Mayat Dikeluarkan

Hampir seminggu selepas kes penemuan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand didedahkan,  Polis Diraja Malaysia (PDRM), berjaya mengeluarkan 22 rangka mayat mangsa pemerdagangan manusia dari sektor A, Bukit Wang Burma, Perlis, malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, kesemua mayat tersebut berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan kira-kira jam 9.45 malam.

BERKAITAN: Kem Pemerdagangan Di Wang Kelian Milik Ejen Besar ‘Yassin’

image

Mayat-mayat tersebut dibawa menaiki dua trak PDRM dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut pakar partologi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Urus Setia Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, ACP Asmawati Ahmad berkata, bermula Isnin lalu sehingga semalam, sejumlah 35 mayat berjaya ditemui di kawasan tersebut.

Sementara itu, kerjasama dari pasukan forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan AM PDRM akan berterusan bagi usaha penggalian di kawasan yang telah dikenal pasti untuk mengeluarkan kesemua mayat.


Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan tentang penemuan 139 kubur dan 28 kem di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang digunakan sebagai penempatan sementara mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Jangan Tuding Jari Isu Kubur Besar

https://www.youtube.com/watch?v=HhBml2ff5Eg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori