Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ulama PAS Setuju Perlu...

SEPAKAT... Kerjasama politik atau pembentukan gabungan antara PAS dengan UMNO bagi hadapi kerajaan...

Kerajaan Komited Pastikan GST...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Cukai Barang dan...

Tenggara Turki Kian Tegang,...

DIYARBAKIR, Turki Tiga orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak Kurdis dan kumpulan Islam...

Malindo Air Tawar Promosi...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menawarkan promosi dua juta tempat duduk bagi kelas...

Kritikan Tun Mahathir, Cukuplah Sudah: Kolumnis Akhbar HK

Picture of Sholto Byrnes
Sholto Byrnes

DEMI kebaikan UMNO, Barisan Nasional (BN) dan dirinya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad harus berhenti membuat perkara yang sukar untuk penggantinya; kini disandang Datuk Seri Najib Tun Razak, tulis seorang kolumnis akhbar berpengaruh Hong Kong.

Dalan artikel terbaharu bertajuk ‘Masa Untuk Bekas Perdana Menteri Mahathir Duduk Berehat’ yang disiarkan South China Morning Post semalam, Sholto Byrnes menulis, negarawan Malaysia itu cuba membuat risiko ke atas legasi hebat dirinya sendiri.

Hakikatnya, zaman Mahathir sudah berlalu, namun kritikan mantan pemimpin berusia 89 tahun itu terhadap kepimpinan sekarang mungkin menjejaskan imej zaman gemilang beliau yang dikagumi sehingga kini kepada perasaan bercampur baur antara suka dan benci.

Tulis Byrnes yang juga editor rencana akhbar ternama Britain, Sunday Telegraph, Evening Standard, Independent dan New Statesman, ramai pengkritik Mahathir mulai keliru dengan gaya pandangan skeptikal negarawan itu ke atas corak pentadbiran Najib sebagai aneh.

“Beliau telah membantu menumbangkan satu Perdana Menteri lemah pengganti beliau sendiri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana dianggap tidak berkesan tetapi masa ini, Mahathir nampak melakukan sama mensabotaj penggantinya pula, Najib,” katanya.

Walhal zaman kini adalah perkara lain sama sekali kerana Najib adalah sederhana pragmatik yang telah memenangi pujian antarabangsa sebagai pemandu ekonomi terbaik sehingga pelaburan langsung asing di Malaysia adalah yang tertinggi dalam sejarah.

Ini ujar Byrnes, meletakkan Malaysia berada di landasan betul mencapai status negara maju menjelang 2020 – selain inisiatif diplomatik Najib seperti membantu perjanjian damai bersejarah Bangsamoro di Filipina dan penyelesaian politik kepada tragedi MH17.

Ironi bagi Mahathir, ini tidak mencukupi dan setelah menarik balik sokongannya daripada Najib pada Ogos lalu, beliau cuba membarakan pemberontakan terhadap Najib bulan lalu ketika Perhimpunan Agung UMNO, parti utama BN yang memerintah gabungan itu.

“Tangan Mahathir dipercayai di sebalik laporan polis difailkan bulan ini berkaitan 1MDB, dana pelaburan yang rapat dengan Perdana Menteri; dan juga serangan biadap kumpulan pejuang hak Melayu Perkasa, di mana Mahathir adalah penasihat,” kata Byrnes.


Mahathir memberi amaran kepada Najib bahawa beliau berisiko hilang jawatan dan kerajaan jika tidak mengurangkan perjalanan di luar negara tetapi waktu sama, kritikan itu berjaya ‘merosakkan’ UMNO, parti yang pernah diterajui Mahathir selama 22 tahun.

Hanya kerana marahkan Najb, BN yang sudah memenangi setiap pilihan raya umum sejak kemerdekaan pada 1957 mungkin hilang kuasa kerana komplot percaturan Mahathir tetapi ia juga akan menjadi petunjuk bencana kepada kehidupan legasi politik beliau sendiri.

“Saya menulis sebagai seorang yang mengagumi Mahathir, salah seorang daripada segelintir wartawan Barat, bahkan pernah bayangkan untuk satu temu bual dengan beliau mengisahkan zaman sukar politik beliau awal 1970-an selepas dipecat UMNO,” kata Byrnes

Namun demi untuk kebaikan UMNO, BN dan juga dirinya sendiri – ia sudah tentu masa sesuai untuk Mahathir mengambil tempat duduk belakang, berehat… sebaliknya biarkan kisah legasi beliau menjadi cerita kejayaan di dalam dan di peringkat antarabangsa.

“Jika Mahathir berterusan begini, saya bimbang ia akan menjadi aib jika beliau diingati lebih kerana sifatnya mengacau perbezaan pendapat di belakang tabir pemerintahan hanya kerana penggantinya, Najib gagal memberi perhatian cukup atas nasihatnya,” akhiri Byrnes.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori