TMJ Balas Kritikan ‘Isu Bersalam’ Dengan Satu Video Pendek

BARU-BARU ini, sekeping gambar yang memaparkan isteri Safiq Rahim bersalaman dengan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ketika meluangkan masa di kafe milik kapten bola sepak itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang menegur tindakan TMJ dan Safiq Rahim pula dihentam netizen akibat bersikap ‘dayus’ membiarkan isterinya bersentuhan dengan lelaki lain di hadapannya.

tegur

Bagaimanapun, TMJ telah membidas kritikan-kritikan sesetengah individu yang mengkritik tindakannya itu menerusi satu posting di Facebook JOHOR Southern Tigers.

Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian,” katanya pada Isnin.

Tidak setakat itu sahaja, TMJ dilihat memuat naik satu klip video sindirian di laman sosial yang sama.


TMJ Balas Isu ‘Bersalam’ oleh mynewshub

TMJ dilihat menggunakan sarung tangan watak adiwira Hulk untuk bersalaman dengan dua wanita di dalam video tersebut.

Video pendek berdurasi 16 saat itu menerima pelbagai respon yang mana kebanyakan pengguna alam maya terhibur dengan sindirannya, namun seorang pengguna Facebook telah menegur TMJ dengan nasihat yang begitu bermakna bagi kami.

“Tak lawak kot, hukum tuhan jangan dipandang remeh. Al-Quran cakap lelaki dengan perempuan bukan mahram tak boleh bersentuhan. Terima la teguran dengan hati yang terbuka TMJ. Sesungguhnya kami rakyat johor sayang kan TMJ,” nasihat seorang pengguna Facebook di pautan video klipnya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...