Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tolak Kerjasama Dengan PAS...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Saarani Mohamad menyangkal dakwaan bahawa pandangan presiden...

Johor Mungkin Henti Beli...

PETALING JAYA - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh...

Beri Diskaun Bil TNB...

KUALA LUMPUR - UMNO menyarankan pihak berwajib supaya memberikan diskaun secara pukal ke...

BAM Tidak Beri Tekanan...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada...

KKM Rancang Gubal Undang2 Tembakau, Vape & Shisha

GEORGETOWN – Kementerian Kesihatan merancang menggubal undang-undang baharu berkaitan tembakau, rokok elektronik atau vape serta shisha, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata peruntukan undang-undang mengenai perkara itu belum kukuh pada masa ini kerana ia dikawal di bawah Akta Makanan 1983 (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011).

Menurutnya dari segi kesihatan, menghisap vape adalah sama bahayanya dengan menghisap rokok atau shisha dan menghisap shisha selama sejam pula bersamaan menghisap 150 batang rokok.

“Vape pun ada bahayanya. Rokok ada 87 bahan yang boleh menyebabkan kanser… vape ada ‘propelyn glycol’ dalam cecairnya yang bila dibakar menggunakan bateri, ia akan menjadi panas. Ini juga boleh menyebabkan kanser. Menghisap vape dan rokok sama bahayanya,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dr. Hilmi berkata Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan pihak berkaitan mengenai langkah-langkah mengawal pengambilan rokok bahan-bahan itu bagi memastikan keputusan yang dibuat memberi keadilan kepada semua pihak.


Mengenai dakwaan adanya DNA khinzir dalam vaksin selain ia boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tiada DNA khinzir dalam semua vaksin yang dikeluarkan di bawah Kementerian Kesihatan.

Terdahulu, Dr. Hilmi melawat keluarga pelajar tingkatan lima yang dirogol dan dibunuh di rumahnya di Teluk Kumbar, dekat sini pada Ahad lepas.

Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui mati di atas katil oleh bapanya pada 7.30 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori