Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Patut Tak Perlu Dicalon,...

NAMPAKNYA 'perang dingin' Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME 2018) masih belum reda lagi...

Polis Buru 3 Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu tiga suspek, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit...

Video Prank ‘Badut Pembunuh’...

SEORANG remaja dari Singapura tidak menyangka usikannya dengan mengenakan pakaian badut pembunuh akhirnya memakan...

APMM Kesan Modus Operandi...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut sedang giat...

KJ Enggan Dedah Identiti Atlet Gagal Ujian Doping

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin enggan mendedahkan identiti atlet kebangsaan yang gagal ujian doping dalam satu kejohanan antarabangsa sehingga keputusan sampel B dikeluarkan dan ianya sah positif.

“Mengikut peraturan yang ditetapkan persatuan antarabangsa sukan, mereka tidak akan mengumumkan nama atlet sehingga keputusan ujian sampel B selesai.

“Maka saya tidak akan mengumumkan nama atlet ini sehingga sampel B diuji bagi memberi perlindungan kepada atlet tersebut dan juga mematuhi peraturan yang ditetapkan persekutuan antarabangsa sukan terbabit,” katanya kepada media, memetik laporan Awani.

ARTIKEL TERDAHULU: KJ Sahkan Berita Atlet Elit Malaysia Gagal Ujian Doping

Khairy ditemui ketika mengadakan sesi walkabout bersama timbalannya, Datuk M. Saravanan di Little India, Brickfields kira-kira jam 5.00 petang. Walkabout itu diadakan sempena sambutan Hari Deepavali.


Menurut Khairy, Agensi Doping Malaysia (ADAMAS), persatuan kebangsaan sukan berkenaan dan juga atlet telah pun dimaklumkan tentang perkara ini melalui surat daripada persekutuan antarabangsa sukan terbabit bertarikh 1 Oktober 2014.

Katanya atlet tersebut turut terkejut dengan keputusan itu namun memberi kerjasama penuh kepada persatuan sukan kebangsaan dan ADAMAS.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan garis panduan Agensi Antidoping Antarabangsa (WADA), atlit yang gagal ujian doping diberi peluang untuk mengambil ujian sampel kedua iaitu sampel B.

“Atlet tersebut diberi sehingga 17 Oktober untuk memohon ujian sampel B. Beliau telah pun membuat permohonan tersebut pada 16 Oktober dan sedang menunggu maklumbalas daripada persekutuan sukan antarabngsa berkenaan tentang tarikh ujian Sampel B,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang isu tersebut, katanya beliau telah pun mengetahui tentang keputusan ujian sampel A lebih awal lagi.

Justeru, katanya siasatan telah pun bermula sejak hampir dua hingga tiga minggu lalu untuk mengetahui lebih jelas apa yang telah berlaku.

Selain itu, beliau juga dimaklumkan bahawa atlet tersebut ingin menyaksikan sendiri sampel itu dibuka dan beliau telah pun diberi kebenaran untuk berbuat demikian.

“Kalau positif baru gugur. Kalau negatif dia kekallah,” kata Khairy ketika ditanya mengenai kedudukan atlet itu dalam kejohanan sukan terbabit.

Katanya lagi, setakat ini pihak Kementerian telah pun menubuhkan jawatankuasa ad hoc yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz dan dibantu oleh Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar.

Jelas Khairy, dalam jawatankuasa tersebut, pihaknya akan mendapatkan pakar-pakar anti-doping serta pakar perubatan bagi menyiasat rawatan ke atas atlet untuk memastikan tiada bahan tidak dibenarkan diguna pakai dalam rawatan tersebut.

Selain itu, Khairy tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan ujian saringan lebih kerap terhadap para atlet bagi mengelak kejadian ini berulang.

Khairy berkata pihaknya memandang serius perkara ini kerana Malaysia pernah menjadi ahli lembaga WADA yang komited kepada dasar zero toleran kepada doping.

“Kita akan selidik semula pendidikan dan pendedahan yang diberi kepada para atlet. Ia adalah tanggungjawab sepenuhnya pada atlet, oleh itu atlet tidak boleh beri alasan jurulatih yang bagi bahan tersebut, dia mesti bertanggungjawab tentang apa sahaja yang dia makan dan rawatan yang dia terima,” tegasnya.

Ini merupakan kes doping kedua di Malaysia dalam tempoh sebulan selepas atlet Wushu, Tai Cheau Xuen telah dilucutkan pingat emas di Sukan Asia di Incheon bulan lalu setelah positif mengambil bahan sibutramine. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori