Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Keluarga Berdepan Dilema Mahu...

KEMAMAN – Sepasang suami isteri berdepan dilema untuk meneruskan persekolahan anak angkat mereka...

Pemuda Bunuh Bapa Sendiri...

BELAGA - Polis menahan seorang pemuda berusia 26 tahun pada 11 pagi semalam...

Video: Wanita Ini Buat...

VIDEO yang mula viral menerusi laman sosial ini mungkin akan mengubah persepsi serta...

Mahu Perbaiki Diri, Neelofa...

MAHU fokus memperbaiki akidah dan akhlaknya sebagai seorang Muslim, siapa sangka wanita semuda...

Kisah Viral, Masalah Brader Tertukar Motosikal ‘Setel’

INILAH yang dikatakan keberkatan bulan Ramadan.

Semalam, heboh di laman sosial apabila seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Hanzalah Namaku memohon bantuan ramai yang mengenali pemilik motorsikal WRT 6801 agar menghubunginya semula.

Menurut Hanzalah, motosikal miliknya tertukar dengan motosikal tersebut ketika mereka berada di sebuah kedai runcit.

Difahamkan, kesilapan tertukar motosikal berlaku kerana warna dan jenis model yang sama.

Secara kebetulan pula, masing-masing telah meninggalkan kunci pada motosikal masing-masing.

Statusnya itu sekali gus menjadi viral dan dikongsikan ramai orang yang simpati.


Ternyata dengan kehebatan viral (kuasa Allah SWT pastinya) Hanzalah berjaya mendapatkan semula motosikalnya cuma beberapa jam kemudian.

13_hoyn_silikonpuppe

“Alhamdulillah. Petang tadi dah jumpa owner motor.. memang tak sangka dah sampai viral. Semua yang terjadi adalah di dalam pengetahuan Allah SWT. Terima kasih sangat kepada hamba Allah yang membantu,” tulisnya.

Semoga perkara ini turut menjadi iktibar kepada penunggang motosikal agar tidak sesekali meninggalkan kunci pada motosikal begitu sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori