Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Gesa Adakan PRU-15...

KUALA LUMPUR : Tuntutan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera bukanlah gesaan...

Handphone Dirampas, Ayda Jebat...

SAMPAI tergamam Ayda Jebat dibuatnya.  Itu situasi awkward yang dialami Ayda apabila 'dimalukan'...

Dewan Negara Lulus Tiga...

KUALA LUMPUR - Tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan...

Polis Nafi UFO Berlegar...

KOTA BHARU - Polis Kelantan hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang...

Kisah Jumpa Semula Lelaki Berbaju Sama Selepas 2 Tahun

LAZIMNYA amat jarang benar dapat menyaksikan ketua jabatan atau agensi kerajaan sanggup datang semula menyaksikan kawasan yang pernah dikunjunginya untuk melihat sendiri perkembangan terbaharu di situ.

Namun inilah sikap terpuji Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mendapat perhatian netizen apabila menceritakan pengalamannya kembali ke tempat pernah diziarahinya.

Dalam posting terbaharu menerusi laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu mencatatkan kisah mengenai seorang lelaki yang masih lagi memakai baju sama seperti dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu kami pernah datang membina tandas rumah Encik Sharif di Kampung Sungai Suloh dekat Batu Pahat, Johor. Beliau mempunyai dua anak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ada penyakit mental.

“Kini apabila kami sampai kedua-dua anak berkenaan telah dimasukkan ke hospital kerana semakin agresif. Seorang daripada anaknya yang sihat meninggal dunia disyaki akibat perbuatan kecuaian manusia.

puad3

puad2

puad4

“Hari ini kami datang lagi untuk gotong royong bersama-sama pasukan anggota tentera seperti membersihkan keadaan dalam rumah yang tidak terurus, mengecat rumah dan membersihkan kawasan sekeliling.


“Dua tahun lalu apabila kami datang, beliau memakai baju warna biru yang berkolar kuning. Hari ini beliau masih lagi memakai baju yang sama,” tulis Mohd. Puad sambil menyertakan beberapa gambar untuk kisah itu.

Catatan peribadi tersebut jelas menunjukkan keprihatian beliau yang bukan sahaja amat mesra, malah tidak ‘memilih’ sesiapa pun untuk dibantu secara langsung waima penduduk miskin dan pernah diziarahinya dahulu.

Ini bukan kali pertama kisah sebegini ditulisnya, bahkan sesiapa yang menjadi rakan Facebook beliau pasti maklum, biar sesibuk mana pun aktiviti rasmi, Mohd. Puad ada masa ‘turun padang’ meninjau keadaan semasa.

Mungkin ada sesetengah penduduk daif yang terlepas pandang oleh agensi tertentu, namun hasil susulan yang dilakukan sendiri itu menunjukkan beliau lebih selesa terus berjumpa rakyat bawahan tanpa apa-apa protokol.

Mynewshub.cc/HAA

Baca: KP Jasa Kongsi Cerita Unik Di Pedalaman Sarawak

Juga: JASA Bantu Perjelas Tohmahan Di Media Sosial

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori