Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stok Minyak Sawit Naik...

KUALA LUMPUR - Stok minyak sawit Malaysia pada November naik sebanyak 5.18 peratus...

Ini Bukan Mamak Roti...

SEGAMAT - Jika orang Singapura menyebutnya sebagai roti prata namun orang Malaysia pula...

Kenapa Menteri, Timbalan Membisu...

KUALA LUMPUR - MCA hari ini mempersoalkan menteri dan timbalan menteri pendidikan terus...

Agong Perkenan Anugerah Pingat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah...

Kisah Cinta Sehidup Semati Satu Pasangan Kelantan

KOTA BHARU – Ibarat sehidup dan semati. Hasrat seorang warga emas Kelantan, Zaharah Mahmood, yang mahu sehidup dan semati bersama-sama dengan suami akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Zaharah, 68 tahun, meninggal dunia sebaik sahaja jenazah suaminya Hassan Che Noh, 96 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Bukit Marak dekat sini, pada Jumaat.

Anak pasangan itu, Siti Noriza, 41 tahun, berkata arwah bapanya meninggal dunia pada 7.10 malam Khamis, manakala ibunya, kira-kira pukul 10 pagi tadi selepas jenazah bapanya itu selesai dikebumikan.

“Sebelum itu, emak beritahu saya yang dia juga akan menyusul selepas bapa pergi (meninggal dunia),” katanya ketika ditemui agensi berita Bernama di rumah pasangan tersebut di Bachok, 24 kilometer dari sini.

Siti Noriza berkata jenazah ibunya tersebut akhirnya selamat dikebumikan bersebelahan sahaja dengan tapak pusara allahyarham bapanya itu pada jam 5 petang Jumaat.


Siti Noriza berkata ibunya yang ada sakit angin ahmar mula kritikal selepas bapanya meninggal dunia. “Ayah yang juga bekas juruukur meninggal dunia juga kerana angin ahmar selepas diserang sakit itu sebulan lepas,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua ibu bapanya berkahwin sejak 50 tahun lepas dan dikurniakan sembilan anak.

“Kami reda pemergian orang tua kami kerana Allah lebih menyayangi mereka,” katanya. – Bernama/Mynewshub.cc/H.A.A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori