Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Negeri Sembilan Mahu Perangi...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan menggempur habis-habisan pusat judi berkomputer haram, kata...

Pembangkang Jadikan Mahasiswa Boneka...

KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia menyeru pelajar universiti supaya...

Annuar Musa Dedah Plot...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr...

Larangan Ke Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Larangan perjalanan ke Korea Utara yang dikeluarkan Kementerian Luar, tepat...

Ubat Elak Stres Lepas Bersalin, Kim K Makan Uri Sendiri!

UMUM mengetahui Kim Kardashian dan suaminya Kanye West baharu sahaja menyambut kelahiran anak kedua, Saint West pada 5 Disember lalu. Walaupun menjadi tumpuan peminat seluruh dunia namun pasangan romantik ini belum lagi mendedahkan wajah terbaharu bayi lelaki mereka itu.

Baca: Kim K, Kanye West Timang Cahaya Mata Kedua

Juga: Kim Kardashian dan kanye West Umum Nama Anak

Kisah kehidupan Kim, 35, sememangnya banyak menjadi tumpuan peminatnya dan terbaharu, selebriti yang terkenal menerusi rancangan bersiri Keeping Up With The Kardashians itu mendedahkan, rahsia tubuhnya kekal sihat dan bertenaga selain cara terbaik untuknya mengelakkan stres selepas bersalin adalah memakan urinya sendiri.

Semestinya pendedahan ini merupakan sesuatu yang menjijikkan buat kebanyakan kita, namun inilah cara Kim yang mengakui, telah mengamalkan amalan ini selepas melahirkan anaknya yang pertama, North West lagi.

Kim mendedahkan, uri yang dimakannya bukanlah masih ‘mentah’ atau digoreng sebelum dijamah namun dihasilkan dalam bentuk kapsul.

Dedahnya, amalan tersebut turut dilakukan beberapa selebriti Hollywood lain antaranya January Jones dan Kim Zolciak.


Kim juga menegaskan, sekiranya uri tidak mendatangkan kebaikan sudah pasti dia tidak akan memakannya namun amalan itu ternyata berkesan untuk kesihatannya.
– Sumber: Agensi/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=kIEm-qkhxTo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori