Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Jerebu Semakin Pulih Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih apabila hanya 38...

Pekerja Wanita KFC Kelantan...

BERMULA tahun depan, semua pekerja wanita di cawangan restoran makanan segera KFC di...

GST Bantu Negara Ketika...

KANGAR - Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membantu kewangan negara ketika...

Lebah Terbesar Ditemui Semula...

LEBAH terbesar di dunia ditemui semula selepas pakar menganggap serangga tersebut telah musnah...

KFC Tutup Pekerja Balik, Pelanggan Terkunci Di Dalam

KAKITANGAN KFC di Novena Square, Singapura tanpa sengaja telah menutup dan mengunci peremis mereka tanpa menyedari masih terdapat lima pelanggan sedang menikmati hidangan di dalam restoran tersebut.

Kelima-lima pelanggan dilaporkan terperangkap hampir satu jam dalam kejadian yang berlaku pada 29 Mei lalu.

Salah seorang pelanggan, Jessica Chan, 57, bersama dua rakannya hanya menyedari mereka terperangkap dalam restoran tersebut ketika berdiri untuk membuang air minuman mereka kira-kira jam 10.30 malam.

Menurut Jessica, hanya lampu di dapur restoran  itu ditutup, menyebabkan mereka tidak menyedari bahawa pintu sudah dikunci dan pekerja KFC telah meninggalkan premis tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Wang, 40, berkata dia dan seorang lagi rakannya sering memerhatikan kumpulan Jessica tetapi memandangkan kumpulan Jessica masih berada di dalam restoran, mereka tidak berasakan bahawa ianya sudah ditutup.

Mereka kemudian meminta bantuan dengan menjerit dan menghentak-hentak pintu restoran tetapi tiada siapa yang berada di luar premis tersebut.

Setelah beberapa minit meminta tolong, jeritan mereka menarik perhatian sekumpulan remaja yang sedang berjalan di luar pusat beli-belah itu.


Kumpulan itu segera menghubungi talian utama KFC dan mencari pengawal keselamatan di situ dan mencari jika terdapat sebarang pintu yang boleh dibuka.

Mereka akhirnya berjaya keluar melalui pintu belakang di dapur sekitar jam 11.15 malam sebelum ketibaan pihak polis.

Pihak KFC telah memohon maaf kepada kesemua pelanggan terbabit dan mengatakan mereka akan mengetatkan lagi protokol bagi memastikan perkara sama tidak berulang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori