Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Kaitkan Rasulullah,...

KUALA LUMPUR - Perbuatan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan...

Pertaruh Nyawa Panjat Tebing...

INILAH laluan yang dilalui oleh 15 kanak-kanak yang tinggal di perkampungan Atule’er, selatan...

3.5 Juta Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Penyakit diabetes atau kencing manis di negara ini di tahap...

Forum Terbuka: PBDSB Masih...

KUCHING - Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) masih menunggu respons Kelab Penyokong...

Status Anak Ke-2, Konflik Keluarga Jins Samsuddin Berlarutan

Kemelut keluarga membabitkan tokoh perfileman negara, Tan Sri Jin Samsuddin nampaknya masih belum berkesudahan.

Episod kontroversi tersebut bermula apabila seorang individu, Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, mendakwa bahawa dia merupakan anak kedua hasil perkahwinan Jins bersama ibunya, Jamilah Shukor.

Perkara tersebut dinyatakannya dalam satu sidang media yang dibuat baru-baru ini setelah dia kesal dengan kenyataan isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, bahawa seniman itu hanya memiliki tiga anak.

Tuah PP

Ia berlanjutan apabila anak bongsu Jins iaitu Putera Hang Nadim membuka mulut dengan berkata bahawa dia turut kesal dengan tindakan ‘abangnya’ itu kerana membelakangkan keluarga dan memilih untuk membicarakannya bersama pihak luar.

Tak terhenti di situ, ia berpanjangan apabila Halijah pula membuat penjelasan bahawa sepanjang pengetahuannya, Jins hanya memiliki tiga anak hasil dari dua perkahwinan terdahulu.

image

Namun demikian, dia tidak menafikan bahawa mereka sekeluarga mengenali Shazrin, namun hanya sebagai anak angkat kepada kakak Jins, iaitu Hazizom Samsuddin.

Memetik kenyataannya dalam akhbar Berita Harian, “Saya mengatakan suami (Jins) memiliki tiga orang anak sahaja, itu hakikat yang selama ini diketahui. Daripada mulut Jins, dia mengatakan ada tiga orang anak sahaja.

“Saya kenal Hang Tuah sejak kecil. Dia dibela kakak Jins, Hazizom Samsudin di Taiping, Perak.

“Sejak dahulu saya hanya tahu dia anak angkat Hazizom. Saya pernah tanya Jins, siapa Hang Tuah, beliau beri amaran kepada saya jangan campur urusan keluarganya. Jadi saya hanya diam sejak itu.”

Ujar Halijah lagi, walaupun hubungannya dengan Shazrin tidak rapat, namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini.


Malah, Shazrin pernah mengunjungi rumahnya beberapa kali, terutamanya pada hari raya.

“Hang Tuah memanggil Jins sebagai Cu manakala saya sebagai Kak Jah.

“Perkara ini tidak sepatutnya dirahsiakan. Apa yang dapat saya katakan, inilah akibatnya apabila terlalu banyak berahsia. Akhirnya semua nampak seperti tidak kena. Tidakkah ia memalukan?

Sementara itu, Hang Nadim turut mempersoalkan nama bapa kepada Hang Tuah yang tidak sama dengan nama sebenar Jins Samsuddin.

“Saya akui kami tiga beradik mempunyai ‘bin’ yang berbeza. Nama abang sulung ialah Jeffrey bin Jins, diikuti Putera Hang Tuah bin Mohamed Jin dan saya Putera Hang Nadim bin Jins Samsuddin.

“Nama sebenar ayah dalam kad pengenalan adalah Mohamed Jin Samsudin@Jins Samsuddin. Jadi dari mana datangnya nama Mohd Zain seperti yang didakwa? Setahu saya nama Mohd Zain adalah panggilan orang kampung.”

Apa-apapun, isu ini takkan berkesudahan andai kedua-dua pihak mengambil jalan untuk berinteraksi melalui media.

Sepatutnya, isu sensitif seperti ini dibawa berbincang secara tertutup bagi menghormati individu berpengaruh dan dihormati seperti Tan Sri Jins Samsuddin.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Tentang Isu Membabitkan Tan Sri Jins Samsuddin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori