Kementerian Pendidikan Akan Siasat Video Pelajar Peluk Cium

SUSULAN video viral yang menunjukkan aksi seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah, Kementerian Pendidikan akan menyiasat lebih lanjut perkara berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan, berkata beliau kecewa dengan tindak tanduk pelajar itu walaupun beliau secara rasmi belum melihat video berkenaan.

“Saya mendengar mengenainya dari seorang sumber dan saya fikir saya perlu melihatnya segera bagi memudahkan siasatan,” kata beliau.

Video: Aksi Budak Sekolah ‘Lamar’ Pasangan Dikecam

Kamalanathan berkata, setakat ini, pihaknya belum lagi dapat mengenal pasti lokasi video itu dirakamkan dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat, tampil ke hadapan memaklumkannya kepada kementerian.

“Hanya selepas itu kita tahu jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka,” kata Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Video berdurasi 15 saat yang menampakkan kedua-dua pelajar itu berpeluk dan bercium, dipercayai dirakam oleh pelajar-pelajar lain di sebuah sekolah menengah namun tidak dinyatakan tarikh aksi dirakam dan lokasi sekolah yang terlibat. – MYNEWSHUB.CC


Aksi lamar di sekolah…. hadoi oleh mynewshub

Loading...