Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tentera Indonesia Temui Kargo...

Kapal Hercules milik  Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) sebentar tadi berjaya...

1,500 Orang Asli Dapat...

GUA MUSANG - Seramai 1,500 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen motosikal kelas B2...

Khairy Tepis Cadangan Guna...

KUALA LUMPUR - Ketika skuad bola sepak kebangsaan dikritik hebat susulan dua kekalahan...

LTTE: Permohonan Ikat Jamin...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin...

Kemalangan Maut… Motor Berkuasa Besar Rentung Terbakar

MALANG sememangnya tidak berbau.

Itu yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal yang maut selepas bertembung dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 7 Jalan Berjaya Hill berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Syaiful Buhairi Abdullah, 27 tahun maut akibat parah di kepala dan anggota badannya.

10392410_779333388782546_76220385577886224_n

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200cc dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke pusat peranginan Berjaya Hill, dekat sini.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditunggang seorang lelaki.


“Akibat pertembungan itu, mangsa bersama motosikalnya tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam kejadian itu motosikal Kawasaki Z800 tersebut hangus terbakar.

10924692_779333298782555_1722694660433406077_n 10933807_779333308782554_4772241678533759776_n (1) 10940437_779333362115882_5593533580282486352_n 10933807_779333308782554_4772241678533759776_n

Penuggang motosikal berkuasa besar yang tidak diketahui identitinya parah dan sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bentong. – MYNEWSHUB.CC

Video Kemalangan Motosikal Kuasa Besar Terbakar ( Bukan Kemalangan Di Atas)

https://www.youtube.com/watch?v=bGcNZMqgPq8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori